Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengendali hotel labur dalam kemudahan baru, penuhi trend semasa

Dec 18, 2023 | 08:24 PM



Pemilik dan pengendali hotel kini melabur dalam kemudahan baru untuk memanfaatkan perubahan dalam corak perjalanan pelawat yang membuka pelbagai peluang pertumbuhan baru.

“Sedang sempadan antara kerja, kehidupan dan perjalanan menjadi semakin kabur, jenama dan pelabur hotel tradisional digesa mempelbagai tawaran produk mereka kepada khidmat hotel bukan tradisional,” kata syarikat perunding hartanah JLL.

Ini termasuk ruang kediaman mewah, sewa jangka pendek, aturan kehidupan bersama, kelab keanggotaaan privet dan pasaran khusus lain, lapor The Business Times (BT).


Jumlah pelaburan hotel di rantau Asia-Pasifik (Apac) terjejas pada 2023 disebabkan kos pinjaman meningkat, tekanan inflasi dan ketidaktentuan yang timbul daripada suasana geopolitik yang terus bergolak.

Menurut laporan Sorotan Pelaburan Hotel JLL, jumlah pelaburan di Apac dari Januari hingga Oktober 2023 mencecah AS$5.92 bilion ($7.88 bilion).

Ini merupakan penurunan 39.8 peratus daripada AS$9.83 bilion yang dicatat dalam tempoh sama pada 2022.

Bagaimanapun, trend tersebut boleh berubah kerana sektor hospitaliti kini didorong untuk berubah.

Ketua Pegawai Pembangunan Apac bagi Kumpulan Hotel Radisson, Encik Ramzy Fenianos, berkata para pelawat dan pelancong kini “inginkan perjalanan yang memberi pengalaman menarik semasa menginap di hotel perkhidmatan penuh”.

Hotel Radisson menawarkan “pakej pengalaman tempatan” kepada tetamunya termasuk tiket menghadiri acara tertentu atau kegiatan unik.

Sementara itu, bagi Kumpulan Hotel Accor, pasaran penginapan lebih panjang kini menjadi elemen penting dalam strategi pertumbuhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia bagi Divisyen Premium, Pertengahan dan Ekonomi Accor, Encik Garth Simmons, berkata permintaan bagi penginapan lebih panjang didorong oleh perjalanan perniagaan yang diberi lebih banyak kelonggaran.

Lebih ramai pelawat dan pelancong kini memilih perjalanan lebih panjang yang menggabung urusan perniagaan dengan kegiatan riadah, di samping meneroka destinasi dengan lebih sempurna.

Pelawat juga lebih cenderung “membawa ahli keluarga bersama semasa lawatan lebih panjang ini,” tambahnya.

Pelaburan dalam industri perhotelan dijangka bertambah baik dari segi perangkaan.

Persatuan Perjalanan Perniagaan Sejagat (GBTA) menjangka perbelanjaan perjalanan perniagaan di Apac pada 2023 akan pulih kepada 92 peratus daripada nilai yang dicatat pada 2019.

Singapura besar kemungkinan menjadi pasaran popular. Ia adalah salah satu bandar yang mengalami pertumbuhan paling ketara dalam permintaan bagi apartmen servis, menurut Laporan Industri Apartmen Servis Sejagat 2023, di samping Riyadh dan London.

Encik Simmons menambah, aliran pelawat dari rantau ini ke Singapura, pemulihan kapasiti Lapangan Terbang Changi, dan pelbagai persidangan dan acara perniagaan antarabangsa yang bakal diadakan di sini, menarik minat pelawat dari rantau ini dan negara di luar sempadan ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >