Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perancis arah Apple henti jual iPhone 12 kerana radiasi lebihi had

Sep 13, 2023 | 12:25 PM



Pengawal selia Perancis pada Selasa mengarah Apple supaya menghentikan penjualan iPhone 12 kerana telefon bijak itu mengeluarkan terlalu banyak cahaya radiasi elektromagnetik dan mengarahkannya supaya memperbaiki telefon bijak yang sedia ada.

Agensi Perancis yang mengawal frekuensi radio, ANFR, berkata ujian yang dijalankan mendapati bahawa model tersebut mengeluarkan lebih banyak gelombang elektromagnetik yang mudah diserap tubuh daripada yang dibenarkan.

ANFR berkata ia mengarahkan Apple supaya mengeluarkan iPhone 12 dari pasaran Perancis mulai 12 September kerana model itu melebihi had penyerapan elektromagnetik ke dalam tubuh.

Ia berkata bahawa makmal bertauliah mendapati penyerapan tenaga elektromagnetik ke dalam tubuh adalah pada ukuran 5.74 watt setiap kilogram semasa ujian simulasi semasa telefon bijak itu digenggam atau disimpan di dalam kocek.

Kadar penyerapan spesifik bagi piawaian Eropah adalah 4.0 watt setiap kilogram dalam ujian sedemikian.

“Mengenai telefon bijak yang sudah dijual, Apple mesti dalam tempoh yang singkat mengambil langkah-langkah pembetulan bagi memastikan telefon bijak yang terjejas mematuhi peraturan,” kata ANFR dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Jika tidak, Apple perlu menarik balik produk tersebut.”

ANFR berkata ujian yang mengukur cahaya radiasi elektromagnetik yang diserap pada jarak lima sentimeter mematuhi had 2.0 watt setiap kilogram.

Ejennya akan mengesahkan mulai Rabu jika model iPhone 12 tidak lagi dijual di Perancis, jelas ANFR.

Apabila dihubungi agensi berita AFP, Apple menegaskan dalam satu kenyataan bahawa ia mematuhi had pendedahan dan akan berhubung dengan pengawal selia Perancis untuk menjelaskannya.


Pengawal selia di beberapa negara mempunyai had terhadap jumlah cahaya radiasi elektromagnetik yang boleh dikeluarkan telefon bijak untuk mengelakkan kesan terhadap kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan di laman webnya bahawa berdasarkan sejumlah besar kajian, ia “tidak mendapati kesan buruk terhadap kesihatan akibat penggunaan telefon bimbit”.

Berita tentang arahan menghentikan penjualan itu timbul pada hari yang sama Apple melancarkan iPhone 15 terkini mereka, yang pertama untuk memaparkan port mengecas universal sebagai ganti pada port ‘lightning’ yang unik selepas pergelutan bersama pengawal selia Eropah.

Kesatuan Eropah menegaskan semua telefon bijak dan peranti kecil lain mesti bersesuaian dengan kabel mengecas USB-C mulai hujung tahun depan – satu langkah yang dikatakan boleh mengurangkan pembaziran dan menjimatkan wang pengguna. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >