CIMB Singapore telah berjaya memperkukuhkan segmen perbankan penggunanya (consumer banking), yang kini merupakan penyumbang pendapatan terbesar bank itu, dengan pendapatannya tumbuh lebih 20 peratus dari 2019 hingga 2023.
Pertumbuhan itu dicapai menyusuli semakan strategik oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Meningkat dan Singapura CIMB, Encik Victor Lee, yang menyemak strategi bank ini untuk memberi tumpuan pada kekuatan utamanya.
Ini membolehkan bank itu mengukuhkan kedudukannya dan merebut peluang semasa pemulihan pascapandemik.
“Daripada menjadi sebuah bank universal yang bersaing dengan bank-bank besar dalam semua segmen pelanggan, CIMB Singapore telah berubah menjadi menjadi sebuah bank ‘niche challenger’ yang memberi tumpuan pada perkhidmatan khusus, bernilai tinggi,’’ jelas Encik Lee, seorang pakar dalam perbankan perniagaan dan runcit, dalam satu interviu bersama Berita Harian.
CIMB Singapore masih menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, seperti akaun simpanan, pinjaman, kad kredit dan pengurusan harta seperti bank tradisional lain, “tetapi kami telah memperkemas perkhidmatan kami untuk memberi tumpuan pada pengalaman pelanggan dan inovasi digital jadi kami kekal relevan kepada pelanggan kami”, tambah Encik Lee.
Lantaran itu, CIMB Singapore telah memberi tumpuan pada penjualan produk paling popularnya, iaitu akaun simpanan CIMB StarSaver, yang ketika ini merupakan produk nombor satunya, dan akaun simpanan CIMB FastSaver.
Kedua-dua akaun simpanan ini menawarkan pulangan berdaya saing dengan tiada berbilang syarat.
Dalam usaha CIMB Singapore melakar semula strateginya, ia mengambil langkah untuk mempertingkatkan digitalisasi.
Dengan satu proses digital yang lancar, bank ini menyaksikan pertumbuhan jumlah akaun simpanan dan semasa bagi pelanggan perbankan pengguna meningkat lebih seganda sepanjang lima tahun lalu.
Sebahagian besar pelanggan barunya adalah daripada kalangan 1.13 juta warga Malaysia yang tinggal di Singapura yang mahu membuka akaun di bank yang dikenali dan memanfaatkan kadar tukaran mata wang dolar Singapura (SGD) ke ringgit Malaysia (MYR) yang terbaik*.
“Ketika ini, CIMB merupakan bank asing utama di Singapura bagi banccasurance (penjualan insurans oleh bank),’‘ kata Encik Lee.
CIMB Singapore menganjurkan acara InsureXpo pada April, menarik pelanggan untuk mempelajari bagaimana insurans dapat membawa mereka daripada perlindungan ke kemakmuran.
Encik Lee juga menyatakan bahawa terdapat potensi pertumbuhan selanjutnya untuk segmen perbankan pengguna.
Layari laman web www.cimb.com.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan CIMB Singapore.
*Tertakluk pada Peraturan dan Syarat. Deposit SGD dijamin hingga S$100k oleh SDIC.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg