Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sediakan payung sebelum hujan - ambil perlindungan sebelum perkara tidak diingini berlaku

Apr 22, 2025 | 3:52 PM
Ustazah Liyana Musfirah menyampaikan ceramah di InsureXpo 2025 anjuran CIMB Singapore.
Ustazah Liyana Musfirah menyampaikan ceramah di InsureXpo 2025 anjuran CIMB Singapore. - NORHAIZA HASHIM

Sehari sebelum kakak Ustazah Liyana dikejarkan ke hospital, beliau dan kakaknya sempat menjamu selera makanan Jepun.

Namun, keesokan harinya, beliau terkejut apabila kakaknya dikejarkan ke hospital kerana satu penyakit yang menyebabkan beliau terlantar di hospital lebih sebulan.

Apabila kejadian itu berlaku, Ustazah Liyana Musfirah tertanya kepada dirinya.

“Jika sesuatu berlaku kepada diri saya, adakah saya mempunyai simpanan yang mencukupi bagi membayar bil hospital. Apa akan berlaku kepada tiga anak saya? Realiti bahawa saya tidak mempunyai perlindungan mendorong saya membeli perlindungan pada ketika kakak saya masih di hospital,’‘ kata Ustazah Liyana ketika menyampaikan ceramah di sesi ‘breakout’ semasa acara InsureXpo 2025 anjuran Bank CIMB Singapore pada 12 April.

Acara InsureXpo, yang diadakan pada 11 dan 12 April di Pusat Konvensyen Suntec, mempunyai tema “Dari Perlindungan Kepada Kemakmuran” dan menampilkan enam penyedia insurans utama Singapura seperti Singlife, FWD, Income dan AIA.

Bank CIMB Singapura diketahui menggunakan model terbuka dengan memilih untuk bekerja sama dengan syarikat insurans berbilang dan bukannya satu. Ini memberikan lebih banyak pilihan untuk perancangan kewangan seseorang.

Peserta yang menghadiri acara itu dapat memahami bagaimana polisi insurans yang mereka tawarkan mungkin sesuai dengan perjalanan F.I.R.E (Financial Independence, Retirement Early).

Dalam ceramahnya, Ustazah Liyana berkata perlindungan membantu mengurangkan kos perubatan dan memberi ketenangan minda jika sesuatu tidak diingini berlaku.

“Ia merupakan satu tanggungjawab bagi kita mendapatkan perlindungan bagi memastikan kebajikan orang yang kita sayangi terjaga,’‘ katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB Singapore, Encik Victor Lee berkata keceliikan kewangan harus menjadi satu yang biasa bagi setiap orang.

“Sama ada anda seorang pelabur berpengalaman, seorang karyawan yang baru atau seorang yang merancang untuk persaraan, kami ingin menyediakan anda dengan alat dan pengetahuan untuk membuat keputusan yang bijak dan membangunkan masa hadapan yang lebih terjamin,’‘ kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg