Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perjanjian iklim untuk kurangkan pelepasan boleh bantu S’pura jimat kos: Grace Fu

Dec 14, 2023 | 02:00 PM



Satu kesepakatan yang dicapai oleh pelbagai negara di satu persidangan iklim untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sedunia akan membantu negara kecil seperti Singapura menjimat kos penyesuaian.

Ia akan membantu Singapura mengurangkan keperluan membuat pelaburan besar untuk menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim.

Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, ketika ditemui media di akhir persidangan COP28 selama 14 hari, lapor The Straits Times (ST).


Cik Fu menyambut baik perjanjian iklim yang diterima oleh hampir 200 negara itu. Dengan perjanjian itu, dunia akan beralih daripada penggunaan bahan api fosil – kali pertama masalah itu ditangani secara langsung di persidangan iklim.

Presiden COP28, Sultan Al Jaber, memuji “pakej bersejarah” merangkumi pelbagai langkah itu yang menawarkan “pelan teguh” untuk mencapai dan mengekalkan had kenaikan pemanasan sedunia kepada 1.5 darjah Celsius.

Negara-negara bersetuju dalam perjanjian, atau Konsensus Amiriah Arab Bersatu (UAE), untuk menghentikan secara berperingkat subsidi bahan api fosil yang tidak cekap, dan meningkatkan keupayaan tenaga elektrik yang boleh diperbaharui sebanyak tiga kali menjelang 2030.

Ia adalah antara beberapa langkah dalam usaha mencapai sifar bersih menjelang 2050.

Cik Fu berkata Singapura menganggar ia perlu berbelanja hingga $100 bilion untuk melaksana pelbagai langkah penyesuaian dalam beberapa dekad akan datang.

Beliau berkata walaupun kata sepakat yang dicapai itu tidak sempurna, namun ia sesuatu yang “penting dan bermakna” buat Singapura.

“Hasil yang baik adalah apabila semua pulang dengan sedikit rasa tidak puas hati tetapi masih gembira kerana mempunyai pakej (perjanjian).

“Pada asasnya, kami ingin dunia menyahkarbon dengan lebih cepat,” ujar beliau.

Bagaimanapun, perlindungan alam sekitar dan tindakan iklim perlu diimbangi dengan tahap pembangunan ekonomi dan konteks nasional setiap negara, jelas beliau.

Cik Fu menambah bahawa penilaian sejagat di sidang COP28 menunjukkan dunia masih belum berusaha secukupnya untuk mengekalkan kenaikan pemanasan sedunia pada paras 1.5 darjah Celsius, iaitu satu matlamat yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris pada 2015.

Bagaimanapun, kata sepakat itu juga menarik perhatian pelbagai cara negara boleh menjadi hijau, dan menetapkan sasaran iklim yang lebih baik dan tinggi.

Untuk menghasilkan konsensus itu, negara tidak bersepakat antara penggunaan frasa “mengurangkan secara berperingkat” dengan “menghentikan secara berperingkat” bahan api fosil.

Kebanyakan negara ingin penggunaan bahan api fosil dihentikan secara berperingkat.

Bagaimanapun, negara-negara akhirnya bersetuju untuk “beralih” daripada bahan api fosil.

Ini akan dilakukan dengan “cara yang adil, teratur dan saksama”, dan mempercepat tindakan “dalam dekad kritikal ini untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 selaras dengan sains”.

Cik Fu turut melahirkan keyakinan perjanjian itu akan mendorong pelabur, pengurus bank dan pembiaya untuk melabur dalam prasarana yang boleh mengurangkan pelepasan karbon atau membina keupayaan tenaga yang boleh diperbaharui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >