Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura tidak akan tuntut dari dana kerugian, kerosakan perubahan iklim: Grace Fu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tidak akan tuntut dari dana kerugian, kerosakan perubahan iklim: Grace Fu

S’pura sebaliknya akan sokong rakan-rakan dari Perikatan Negara Kepulauan Kecil untuk dapatkan akses kepada dana berkenaan
Dec 11, 2023 | 07:00 PM



DUBAI: Singapura tidak akan menuntut dana pampasan kerugian akibat perubahan iklim. Sebaliknya, negara ini akan menyokong rakan-rakan dari Perikatan Negara Kepulauan Kecil (Aosis) untuk mendapatkan akses kepada dana itu, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 11 Disember.


Bercakap kepada wartawan di luar pavilion Singapura semasa perbincangan iklim COP28 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Fu berkata negara ini tidak akan menuntut dana pampasan itu meskipun mereka telah banyak melabur dalam langkah perlindungan pantai. Negara ini menganggarkan sebanyak $100 bilion diperlukan dalam jangka panjang untuk menangani kenaikan paras laut.

“Kami benar-benar ingin melihat bantuan diberikan kepada rakan penduduk pulau kami, saudara kami di Aosis dengan membantu mereka memanfaatkan dana ini. Banyak dari mereka menghadapi kesulitan kerana kekurangan kemahiran teknikal,” tambahnya.

Sekurang-kurangnya AS$790 juta ($1.06 bilion)  telah dijanjikan kepada dana bersejarah tersebut. Dana ini adalah hasil sumbangan negara maju yang ingin menangani kerosakan akibat perubahan iklim yang dialami oleh negara membangun. Bank Dunia akan menjadi tuan rumah bagi dana ini untuk empat tahun pertama.

Singapura merupakan sebahagian daripada blok rundingan Aosis, yang terdiri daripada negara-negara kepulauan kecil seperti negara-negara Pasifik yang telah merasai kesan buruk perubahan iklim seperti kehilangan tanah dan harta benda akibat kenaikan paras laut. Beberapa masyarakat telah terpaksa berpindah.

Namun, untuk mendapatkan akses kepada dana, negara-negara perlu mengemukakan rancangan dan kajian yang sering terhalang oleh kekurangan kemahiran teknikal.

Cik Fu menyatakan bahawa Singapura boleh membantu negara membangun dalam merangka pelan penyesuaian nasional mereka, khususnya dalam aspek keselamatan makanan dan air, lapor akhbarThe Straits Times (ST).


“Jadi, saya fikir Singapura memainkan peranan yang penting dalam membantu rakan-rakan dari negara kepulauan untuk mendapatkan bantuan teknikal dan keupayaan yang diperlukan untuk pulih lebih pantas daripada bencana,” tambahnya.

Bank Dunia, sebagai tuan rumah dana ini, menjadi fokus bagi negara membangun. Mereka bimbang tentang proses pentadbiran yang kompleks dan kesukaran untuk mengakses dana disebabkan ia berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pada Februari, Cik Fu menyatakan di Parlimen bahawa Singapura, meskipun diklasifikasikan sebagai negara membangun, adalah layak menerima dana kerugian dan kerosakan. Walau bagaimanapun, belum ada keputusan sama ada Singapura akan menyumbang kepada dana tersebut atau menuntut daripadanya.

Kedudukan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan iklim di Singapura yang berpendapat bahawa tindakan ini mungkin akan menghalang negara lain yang lebih terjejas oleh perubahan iklim daripada mendapat pampasan yang mereka perlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >