Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perniagaan gagal urus masalah kurang kemahiran hijau: Laporan

Jan 17, 2024 | 04:54 PM



MADRID: Banyak perniagaan gagal menangani masalah kekurangan pekerja berkemahiran hijau.


Kegagalan itu membawa risiko kelewatan dalam peralihan kepada ekonomi karbon lebih rendah, menurut laporan yang disediakan dengan penyertaan syarikat gergasi tenaga boleh diperbaharui Sepanyol, Iberdrola.

Sedang dunia beralih daripada bahan api fosil, kekurangan kemahiran hijau di peringkat sedunia kini kian menjadi halangan utama yang menangguhkan pembangunan industri lebih hijau, lapor The Straits Times (ST).


“Peralihan hijau diancam oleh kegagalan pemimpin perniagaan untuk membangun dan memperoleh kemahiran hijau,” menurut laporan Prospek Kemahiran Hijau oleh Economist Impact dan Iberdrola.


Laporan itu, yang merangkumi tinjauan melibatkan 1,000 pemimpin perniagaan, meneliti sembilan negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Britain dan Sepanyol dengan memberi tumpuan kepada sektor tenaga, teknologi, prasarana, pengangkutan dan logistik.

Ia mentakrif kemahiran hijau sebagai “pengetahuan, kecekapan, nilai dan sifat yang diperlukan untuk membangun dan menyokong sebuah masyarakat yang mampan, rendah karbon dan cekap sumber”, sama ada melalui kemahiran teknikal, contohnya, kerja memasang panel suria, atau amalan lebih luas seperti pelaporan kemampanan korporat.

Walaupun sebahagian besar pemimpin perniagaan dalam tinjauan itu melihat kemahiran diri sebagai pemacu utama bagi peralihan hijau, hanya 55 peratus daripada mereka telah melaksana, atau berhasrat melaksana program yang membantu pekerja mereka mendapat kemahiran itu.

“Ini menyebabkan sebahagian besar tenaga pekerja tidak menerima latihan kemahiran penting, yang berisiko menghalang kemajuan dalam peralihan hijau,” kata laporan itu.

Secara keseluruhannya, 62 peratus responden menjangka halangan itu akan melambatkan peralihan kepada ekonomi hijau.

Di samping itu, ramai responden ingin pemerintah turut menyertai usaha itu, melalui pemberian geran atau pelepasan cukai bagi syarikat yang melabur dalam program kemahiran hijau, selain pembiayaan kursus pendidikannya.

Kajian itu turut mendapati kebanyakan perniagaan menganggap peralihan hijau akan membawa lebih banyak peluang daripada cabaran, dan menjangka usaha itu bakal mewujudkan lebih banyak pekerjaan, berbanding jumlah pekerjaan yang bakal hilang.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menganggar tenaga bersih boleh mewujudkan 30 juta pekerjaan baru menjelang 2030, manakala 13 juta pekerjaan dalam industri berkaitan bahan api fosil berisiko hilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >