Pertumbuhan eksport utama S’pura pada Feb perlahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertumbuhan eksport utama S’pura pada Feb perlahan

Kesan perang Iran, ancaman tarif lebih tinggi AS cetus gangguan rantaian bekalan
Mar 17, 2026 | 4:05 PM

Pertumbuhan eksport utama S’pura pada Feb perlahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pertumbuhan eksport, s’pura
Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) tumbuh sebanyak 4 peratus, menyusuli pertumbuhan 9.2 peratus yang disemak semula pada Januari. - Foto fail

Eksport utama Singapura mencatat pertumbuhan lebih perlahan pada Februari menjelang gangguan rantaian bekalan akibat perang ke atas Iran serta ancaman tarif lebih tinggi oleh Amerika Syarikat.

Penghantaran elektronik terus mencatat pertumbuhan kukuh, didorong permintaan dalam produk berkaitan kecerdasan buatan (AI), namun eksport produk bukan elektronik mencatat penurunan.

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) tumbuh sebanyak 4 peratus, menyusuli pertumbuhan 9.2 peratus yang disemak semula pada Januari, menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 17 Mac. 

Pertumbuhan ini lebih rendah daripada unjuran 5.3 peratus yang diramal para penganalisis dalam satu tinjauan.

Nodx mencatat pertumbuhan 6.7 peratus secara agregat bagi Januari dan Februari, setelah mengambil kira kesan perubahan tarikh Tahun Baru Cina dari tahun ke tahun.

Eksport elektronik melonjak sebanyak 43.2 peratus pada Februari, berbanding tempoh sama pada 2025.

Produk media cakera mencatat pertumbuhan tertinggi pada 96.3 peratus, manakala eksport litar bersepadu meningkat 51.2 peratus, dan eksport komputer peribadi naik 22.9 peratus.

Nodx bukan elektronik pula mencatat penurunan 6.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2025, selepas turun 3.1 peratus pada Januari. 

Penurunan ini direkodkan dalam sektor penyediaan makanan, petrokimia, dan emas bukan kewangan.

Emas bukan kewangan merujuk kepada emas yang diperdagangkan sebagai komoditi dan bukan simpanan bank pusat.

Dari segi pasaran, eksport ke Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong mencatat kenaikan tertinggi berbanding 2025, manakala eksport ke Amerika dan Indonesia pula menurun.

Eksport bukan elektronik ke Amerika merosot 59.2 peratus berbanding 2025, manakala eksport elektronik ke negara itu pula melonjak hampir 95 peratus.

Eksport semula bukan minyak (Norx) terus meningkat pada Februari sebanyak 21.9 peratus tahun ke tahun. 

Ini didorong terutamanya oleh eksport elektronik dan lonjakan 454.3 peratus dalam eksport semula komputer peribadi, meneruskan trend sama sejak 2025.

Pakar ekonomi kanan DBS, Encik Chua Han Teng, berkata prestasi eksport elektronik yang lebih unggul berbanding eksport bukan elektronik mencerminkan “kekuatan berterusan didorong oleh perkembangan sejagat berkaitan AI”.

“Singapura terus mendapat manfaat secara tidak langsung daripada ledakan AI sejagat, dengan pertumbuhan kukuh eksport domestik elektronik kepada pemain utama dalam rantaian bekalan AI.

“Sebaliknya, Nodx ke Amerika mencatat penurunan bagi bulan ketiga berturut-turut, yang mungkin mencerminkan tekanan berterusan daripada tarif Amerika,” jelas Encik Chua.

EnterpriseSG telah menaikkan unjuran eksport utama pada Februari – sebelum serangan ke atas Iran – berikutan prospek ekonomi sejagat lebih baik, didorong oleh permintaan AI.

Nodx diramal berkembang antara 2 peratus dengan 4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran sebelumnya, iaitu antara 0 peratus dengan 2 peratus.

Pakar ekonomi kanan Oxford Economics, Cik Sheana Yue, berkata bacaan Nodx Januari dan Februari menunjukkan eksport utama memulakan 2026 dengan “momentum kukuh”.

Namun, beliau berkata lonjakan harga minyak dan gas akibat perang Iran menimbulkan risiko kepada eksport dalam bulan mendatang.

Perang yang dilancarkan Amerika dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari mengakibatkan penutupan laluan perkapalan Selat Hormuz, yang lazimnya, mengendalikan satu perlima bekalan minyak dunia, sekali gus menambah tekanan ke atas harga tenaga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg