Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi hotel S’pura merosot pada Ogos

Ketibaan pelancong turun 3.9% kepada 1.54 juta; kadar purata bilik naik 1.7% kepada $282.26
Sep 30, 2024 | 3:49 PM
Ketibaan pelancong Ogos berkurang  kepada 1.54 juta, berbanding 1.6 juta pada Julai.
Ketibaan pelancong Ogos berkurang kepada 1.54 juta, berbanding 1.6 juta pada Julai. - Foto ST

Kadar purata bilik (ARR) hotel di Singapura meningkat pada Ogos, walaupun ketibaan pelawat antarabangsa berkurang, menurut data Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 30 September.

Namun, penunjuk industri hotel lain merosot.

ARR pada Ogos meningkat 1.7 peratus kepada $282.26, berbanding $277.55 bulan sebelumnya. 

Hasil keseluruhan bilik hotel, hasil setiap bilik tersedia (RevPAR) dan kadar penghunian purata susut sedikit pada bulan tersebut, walaupun penunjuk itu meningkat dari tahun ke tahun.

Pengurangan itu berlaku sedang ketibaan pelancong turun 3.9 peratus kepada 1.54 juta, berbanding 1.6 juta pada Julai.

Hasil keseluruhan bilik, pada $488.1 juta, jatuh sedikit berbanding hasil tertinggi semasa 2024 sebanyak $490.4 juta pada Julai.

Namun ia meningkat 7.9 peratus berbanding hasil 2023, lapor The Business Times (BT).

RevPAR pada Julai dan kadar penghunian purata kekal tertinggi pada 2024.

Namun, RevPAR pada Ogos susut kepada $247.56, berbanding $248.72 pada bulan sebelumnya. Ia meningkat 1.5 peratus daripada tempoh tahun lalu, di mana RevPAR ialah $243.93.

Kadar penghunian purata susut kepada 87.7 peratus pada Ogos, daripada 89.6 peratus pada Julai. 

Kadar juga meningkat dalam kebanyakan kategori hotel bulan ke bulan. ARR meningkat kepada $659.75 (daripada $639.67) dalam kategori mewah, $331.32 (daripada $321.54) dalam kategori kelas atas, dan $212.28 (dari $211.97) dalam kategori pertengahan. 

Tahun ini, ARR Singapura meningkat 2.3 peratus tahun ke tahun kepada $279.10.

Hasil keseluruhan bilik, pada $3.6 bilion, meningkat 15 peratus. RevPAR meningkat 3.2 peratus kepada S$229.96, dan kadar penghunian purata meningkat 0.7 peratus kepada 82.4 peratus.

Walaupun bilangan pelawat dari China susut bulan ke bulan pada Ogos kepada 403,124 daripada 412,947, negara itu kekal sebagai sumber utama pelawat.

Bilangan pelawat dari Indonesia merupakan sumber kedua terbesar pelancong tetapi ia juga berkurangan, iaitu 163,909, berbanding 209,823 sebelum ini.

Di tempat ketiga ialah pelancong India, mengatasi Australia dengan 91,804 pelancong pada Ogos, meningkat berbanding 89,701 pada Julai.

Australia berada di tempat keempat dengan 82,958 pelawat, berbanding 105,660 pada bulan sebelumnya.

Ketibaan pelancong Jepun pula ialah 81,801 pada Ogos berbanding 51,162 pada Julai. Ini menyebabkan Malaysia terkeluar daripada lima tempat teratas buat kali pertama sejak Februari 2021.

Ketua Eksekutif STB, Cik Melissa Ow, berkata pada Persidangan Industri Pelancongan tahun ini bahawa agensi itu jangkakan 15 juta hingga 16.5 juta ketibaan pelancong untuk keseluruhan 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg