Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi pembayaran firma S’pura tambah baik

Oct 7, 2024 | 2:57 PM
Kadar pembayaran lewat turun sebanyak 0.07 mata peratusan kepada 44 peratus daripada 44.07 peratus pada asas suku tahun ke suku tahun.
Kadar pembayaran lewat turun sebanyak 0.07 mata peratusan kepada 44 peratus daripada 44.07 peratus pada asas suku tahun ke suku tahun. - Foto ZAOBAO

Prestasi pembayaran syarikat tempatan terus bertambah baik untuk suku kelima berturut-turut, dengan sektor perkhidmatan mencatatkan penurunan terbesar dalam pembayaran lewat, kata Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB) dalam tinjauan pada 7 Oktober.

Penyedia penyelesaian maklumat kredit dan risiko itu menyatakan bahawa kededua pembayaran segera dan lewat menyumbang lebih sedikit daripada dua perlima daripada jumlah transaksi pembayaran.

Pembayaran segera bertambah baik sebanyak 0.09 mata peratusan kepada 41.2 peratus pada suku ketiga daripada 41.11 peratus pada suku kedua, lapor The Business Times (BT).

Dari tahun ke tahun, ia meningkat sebanyak 0.24 mata peratusan daripada 40.96 peratus.

Pembayaran lewat turun sebanyak 0.07 mata peratusan kepada 44 peratus daripada 44.07 peratus pada asas suku tahun ke suku tahun.

Ia susut sebanyak 0.25 mata peratusan daripada 44.25 peratus tahun ke tahun.

Pembayaran separa menurun sebanyak 0.02 mata peratusan suku tahun ke suku tahun kepada 14.8 peratus, walaupun ia meningkat sebanyak 0.01 mata peratusan daripada 14.79 peratus tahun ke tahun.

Tiga daripada lima perusahaan yang dikaji mencatatkan penurunan dalam pembayaran lewat suku tahun ke suku tahun iaitu runcit, perkhidmatan dan borong.

Tahun ke tahun, sektor pembinaan, runcit, perkhidmatan dan borong mencatatkan peningkatan dalam prestasi pembayaran, apabila jumlah pembayaran lewat jatuh.

Sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan terbesar, dengan pembayaran lewat bertambah baik untuk suku keenam berturut-turut.

Ia mencatatkan penurunan 0.23 mata peratusan dalam pembayaran lewat kepada 42.35 peratus daripada suku sebelumnya, dengan kumpulan perkhidmatan karyawan merekodkan penurunan terbesar.

Tahun ke tahun, kelewatan pembayaran bagi keseluruhan sektor perkhidmatan turun 0.67 mata peratusan.

Pembayaran lewat dalam sektor runcit turun sebanyak 0.03 mata peratusan kepada 43.12 peratus, berikutan kelewatan pembayaran oleh peruncit barangan am, pakaian fesyen, perabot dan kelengkapan rumah berkurangan.

Tahun ke tahun, kelewatan pembayaran adalah 0.1 mata peratusan lebih rendah.

Kelewatan pembayaran dalam sektor perdagangan borong bertambah baik disebabkan oleh penurunan dalam pembayaran lewat oleh pemborong barangan tahan lama dan tidak tahan lama.

Mengikut suku tahun, kelewatan pembayaran jatuh sebanyak 0.18 mata peratusan kepada 40.1 peratus daripada suku tahun sebelumnya, dan turun 0.4 mata peratusan daripada tempoh yang sama pada 2023.

Ketua Eksekutif SCCB, Cik Audrey Chia, berkata: “Walaupun pembayaran lewat telah mencecah paras terendah dalam tiga tahun, prestasi tidak sekata merentas sektor, dengan pembinaan dan pembuatan menyaksikan sedikit peningkatan dalam kelewatan pembayaran.”

“Firma harus terus memantau aliran tunai mereka dan lebih berhati-hati agar dapat mengurangkan sebarang potensi risiko masalah pembayaran memandangkan ketidaktentuan pasaran,” kata Cik Chia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg