Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Produk pes Wahyu Brand tebar sayap ke Brunei

Selepas sempadan antarabangsa dibuka, lebih banyak firma yang mencari peluang meluaskan perniagaan mereka dan negara Asean menjadi pilihan mereka. Malah, ada juga yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan mengorak langkah membuka perniagaan mereka di luar negara. BERITA HARIAN menemu ramah dua peniaga - seorang yang sudah pun bertapak di Singapura dengan meluaskan perniagaannya ke Brunei, manakala seorang lagi memberanikan diri membuka perniagaannya di Kemboja.
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



DENGAN sempadan dibuka semula dan eksport antara negara diteruskan, syarikat pengeluar pes tempatan, Wahyu Brand telah meluaskan perniagaannya untuk mengedar produk mereka ke Brunei di 19 cawangan pasar raya di sana.



Berhasrat untuk memperkenalkan makanan tempatan Singapura ke negara-negara di seluruh dunia, pengarah urusan Wahyu Brand, Encik Norhashim Hasan berkata pengembangan itu hanyalah permulaan untuk syarikat itu terus berkembang.



Brunei, yang mempunyai penduduk lebih daripada 400,000, merupakan pasaran ketiga ditembusi Wahyu selepas menembusi Malaysia pada 2019 dan Vietnam tahun ini.



Sebelum Covid-19, syarikat itu pernah menembusi pasaran Brunei tetapi terhenti disebabkan kos logistik yang tinggi dan Covid-19.



"Kami gembira dapat teruskan semula pengedaran produk-produk kami ke Brunei sekali lagi.



"Walaupun proses mengedar produk kami tersekat di Brunei kerana pandemik Covid-19, kami percaya bahawa masih terdapat permintaan yang tinggi bagi produk seperti pes segera dan sambal yang beraneka di sana," katanya.



Sebelum ini, Wahyu Brand telah menghantar lebih 20 karton produknya ke sana.



Baru-baru ini, mereka telah mengedar hanya sebahagian daripada jumlah itu kerana kos logistik yang meningkat akibat pandemik. Namun, jumlah tersebut dijangkakan naik berganda dengan permintaan untuk pes segera meningkat bagi penghantaran seterusnya.



Menurutnya, Wahyu Brand kini menawarkan produk-produk mereka di tiga pasar raya terbesar di Brunei iaitu Minimart, SKH dan Hua Ho.



Meskipun ramai pelanggan mereka merupakan warga Singapura yang bermastautin di sana, Encik Norhashim sedang berusaha untuk menarik perhatian penduduk tempatan pula.



Ini termasuk mengadakan acara merasa makanan di pasar raya baru di Brunei, IndoMarket dan juga menyertai platform pengguna.



"Ramai yang mungkin berfikir kenapa Brunei? Makanan kita tidak berbeza sangat, jadi mengapa ingin memperkenalkan makanan Singapura ke sana?



"Ketika kami menjalani satu penyelidikan di Brunei, kami dapati bahawa makanan mereka tidak menggunakan terlalu banyak rempah ratus.



"Kami ingin memperkenalkan perisa makanan Singapura yang unik kepada penduduk tempatan di sana," kata Encik Norhisham yang bekerjasama dengan firma pengedar tempatan di Brunei, Borneo Middle East Trading Co. (BMETCo).



Antara produk-produk yang kini boleh didapati di Brunei ialah sambal belacan, produk pes seperti rendang, sambal goreng, lemak cili padi dan juga rawon.



Selain daripada menembusi pasaran Asia tenggara, Wahyu Brand kini mempunyai rancangan untuk mengembangkan perniagaannya ke Dubai.



Encik Norhashim berkata mereka akan menubuhkan dapur awam dengan menggunakan pes segera mereka di sana menjelang akhir Januari tahun hadapan.



"Ini adalah langkah seterusnya untuk kami menawarkan makanan kami ke pentas dunia.



"Selain daripada menawarkan makanan panas, kami juga akan mula untuk menjual secara dalam talian di laman e-dagang di sana.



"Sekiranya mereka ingin mencuba pes-pes kami, mereka boleh menikmati makanan dari dapur awan itu sebelum membeli pes-pes itu dari laman kami dan memasaknya sendiri," jelasnya.




"Ketika kami menjalani satu penyelidikan di Brunei, kami dapati bahawa makanan mereka tidak menggunakan terlalu banyak rempah ratus.

Kami ingin memperkenalkan perisa makanan Singapura yang unik kepada penduduk tempatan di sana."

- Encik Norhashim Hasan, pengarah urusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >