Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program baru $90j dilancar perkukuh sekitaran hijau, mampan

Jul 22, 2024 | 5:45 PM
Singapura perlu mendapatkan alternatif tenaga baru yang rendah karbon dalam usahanya mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Singapura perlu mendapatkan alternatif tenaga baru yang rendah karbon dalam usahanya mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. - Foto ST

Untuk membantu menyahkarbonkan sektor tenaga dan perindustrian Singapura, satu program $90 juta telah dilancarkan untuk melanjutkan penyelidikan nasional ke dalam bidang seperti penggunaan hidrogen dan pengeluaran bahan kimia dan bahan api yang lebih hijau, seperti bahan api penerbangan yang mampan.

Dinamakan Create Thematic Programme in Decarbonisation – (Program Tematik dalam Penyahkarbonan Create), ia satu daya usaha “berskala besar tetapi bercita-cita tinggi dan bersinergi”, kata Profesor Tan Chorh Chuan, setiausaha tetap bagi penyelidikan dan pembangunan negara, pada pelancarannya pada 22 Julai.

Beliau menekankan kepentingan meletakkan Singapura untuk alternatif tenaga baru rendah karbon sedang ia berusaha mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Walaupun Singapura bergantung sebahagian besarnya pada gas asli untuk penjanaan elektriknya, ia sedang berusaha menghijaukan ekonominya dengan mengimport tenaga elektrik hijau dari negara jiran.

Ia juga mendapatkan alternatif tenaga bersih lain, termasuk hidrogen, tenaga geoterma, teknologi nuklear, serta penangkapan dan penggunaan karbon, kata Profesor Tan.

“Saya amat teruja bahawa program Create ini akan menjadi satu lagi usaha penyelidikan berskala besar yang menonjol yang akan membantu kita membangunkan penyelesaian yang berkaitan dengan bidang ini,” katanya semasa pelancaran di simposium di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Program baru Create oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) itu terdiri daripada sembilan projek penyelidikan, setiap satu dengan tempoh antara tiga hingga lima tahun.

Ia akan melibatkan penyiasat terkemuka daripada NUS, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), rakan kongsi Create seperti Universiti Cambridge dan Universiti Shanghai Jiao Tong, serta pakar antarabangsa terkemuka seperti Institut Max Planck Jerman dan Universiti Tohoku Jepun.

Profesor Tan berkata kerja penyelidikan itu akan merangkumi empat domain utama: daripada penggunaan hidrogen kepada teknologi pembakaran hidrogen; kimia hijau, seperti penukaran mampan biojisim kepada bahan kimia dan biobahan api; biologi sintetik, seperti mikrob kejuruteraan untuk menukar karbon dioksida kepada bahan kimia dan biobahan api; dan transformasi kimia, yang melibatkan pembangunan laluan sifar bersih untuk menghasilkan molekul teratas untuk aplikasi farmaseutikal.

NRF berkata program itu akan menyumbang ke arah membina kapasiti Singapura dalam penggunaan hidrogen, membangunkan pandangan baru tentang tingkah laku pembakaran campuran bahan api sifar karbon, dan membina sel bahan api sedia ammonia bagi penjanaan kuasa.

Ini sedang Singapura melancarkan Strategi Hidrogen Nasional, yang bertumpu kepada potensi penggunaan hidrogen rendah karbon untuk menyumbang kira-kira 50 peratus daripada campuran elektrik Singapura menjelang 2050. Menjelang 2030, akan terdapat sekurang-kurangnya empat loji kuasa sedia hidrogen.

Selain menyahkarbonkan campuran elektrik Singapura – yang menyumbang kira-kira 40 peratus jumlah pelepasan – serampang utama usaha republik ini untuk mencapai sasaran sifar bersihnya ialah menghijaukan Pulau Jurong – hab industri dan kimia Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg