Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Program pengampunan cukai M’sia tarik minat syarikat S’pura

Jun 26, 2023 | 04:09 PM



Satu skim pengampunan cukai di Malaysia telah menarik minat beberapa syarikat berpangkalan di Singapura yang beroperasi di seberang Tambak.

Pengampunan cukai itu yang dikenali sebagai Program Pendedahan Sukarela Khas 2.0 (SVDP 2.0) berlangsung dari 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.

Dalam tempoh itu, pembayar cukai – kedua-dua individu dan syarikat – boleh secara sukarela mendedahkan mana-mana pendapatan yang tidak diisytiharkan atau kurang diisytiharkan, atau membetulkan perbelanjaan lebih yang dituntut pada tahun-tahun taksiran (YA) sebelum ini.

Mereka tidak akan menghadapi sebarang penalti setelah melunaskan kekurangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan menerima maklumat itu dengan “niat baik”, tanpa menjalankan audit atau penyiasatan, lapor The Business Times.

Penyedia perkhidmatan cukai berkata bahawa firma berpangkalan di Singapura yang mempunyai kewajipan cukai di Malaysia sedang berusaha memanfaatkan sepenuhnya skim pengampunan itu.

Ini berlaku memandangkan sepanjang tahun lalu, syarikat di seluruh Malaysia telah menerima surat audit daripada LHDN pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini, kata mereka.

“Kebanyakan surat-surat ini hanya bertanya soalan yang sangat umum mengenai penyata cukai yang lalu dan tidak ada tanda-tanda bahawa LHDN menemui sebarang isu,” kata pengarah urusan penyedia perkhidmatan perakaunan dan cukai, BoardRoom Group, Encik Chester Leong.

Beliau menganggarkan bahawa kira-kira tujuh daripada 10 pelanggan BoardRoom di Malaysia telah menerima surat sedemikian sepanjang tahun lalu, meningkat daripada “mungkin satu atau dua daripada 10” sebelum ini.

Baker Tilly Malaysia pula telah melihat “trend yang sama”.

Pengarah eksekutif perkhidmatan cukainya, Encik Marcus Tan berkata:

“Kami telah melihat peningkatan audit cukai yang dijalankan oleh LHDN dari cawangan masing-masing di seluruh Malaysia.”

Pemain industri berkata surat-surat itu nampaknya mempunyai kesan yang diharapkan - mendorong syarikat menyemak penyata cukai yang lepas bagi sebarang cukai yang kurang dibayar sebelum mereka menerima penelitian lanjut daripada pegawai cukai.

“Banyak syarikat, termasuk syarikat Singapura yang beroperasi di Malaysia, panik disebabkan surat itu,” kata Encik Leong.

Dalam surat auditnya, LHDN “akan menunjukkan YA bagi mana syarikat itu diaudit”, kata beliau.

“Sekiranya surat daripada LHDN menunjukkan syarikat sedang diaudit bagi YA2021, maka syarikat itu tidak boleh menyertai program pengampunan bagi YA2021, tetapi syarikat boleh mengambil bahagian dalam program bagi YA2020 dan sebelum itu,” tambahnya.

Bagi YA yang sedang diaudit dan oleh itu tidak layak bagi pengampunan, pembayar cukai berdepan dengan penalti kewangan atau jenayah yang berat jika mereka didapati telah memfailkan penyata cukai yang salah atau dengan sengaja mengelak cukai.

Akibatnya, syarikat-syarikat kini melibatkan firma perakaunan untuk menyemak penyata cukai masa lalu mereka, supaya mereka boleh mengisytiharkan secara sukarela dan menampung sebarang kekurangan di bawah program pengampunan cukai tanpa penalti, ulas Encik Leong.

BoardRoom menjangka berkhidmat kepada 60 syarikat Singapura menjelang akhir skim pengampunan selama setahun, manakala Baker Tilly menjangkakan sehingga 50 pelanggan sedemikian dalam tempoh yang sama.

Sebahagian besar kes yang dikendalikan oleh BoardRoom bukanlah yang berkaitan pengelakan cukai dan lebih kepada kesilapan yang tidak disengajakan, kata Encik Leong.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah apabila pemilik perniagaan menuntut perbelanjaan peribadi sebagai perbelanjaan perniagaan, sekali gus mengurangkan keuntungan sebelum cukai syarikat, jelasnya.

Satu lagi kesilapan ialah menggunakan formula yang salah untuk mengira elaun modal yang boleh ditolak cukai.

SVDP 2.0, yang diumumkan pada Februari semasa Belanjawan Malaysia 2023, dijangka membawa masuk lebih RM10 bilion ($2.89 bilion) cukai tambahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >