Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek tenaga hijau boleh diperbaharui Sembcorp di Timur Tengah bakal beroperasi

Dec 30, 2024 | 11:21 AM
Sembcorp menjangkakan Projek Tenaga Solar Manah II (di atas) akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesahamnya.
Sembcorp menjangkakan Projek Tenaga Solar Manah II (di atas) akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesahamnya. - Foto SEMBCORP INDUSTRIES

Projek tenaga hijau boleh diperbaharui pertama SembCorp di Timur Tengah akan memulakan operasi komersial empat bulan lebih awal daripada jadual, kata kumpulan itu pada 30 Disember

Ini dicapai selepas Sembcorp Utilities, anak syarikat milik mereka sepenuhnya, berjaya menjalankan ujian penerimaan untuk memulakan operasi projek tenaga di Oman.

Projek Tenaga Solar Manah II adalah pembangunan tenaga hijau boleh diperbaharui pertama Sembcorp di Timur Tengah, lapor The Business Times.

Pembangunan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham kumpulan tersebut.

Namun, ia dijangka tidak akan memberi impak besar terhadap aset nyata sesaham Sembcorp untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024.

Pada Mac 2023, Sembcorp mengumumkan bahawa ia telah mendapat kontrak untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji solar berkapasiti 500 megawatt (MW) di Oman.

Projek ini dijalankan melalui usaha sama yang dimiliki 80 peratus oleh Sembcorp Utilities bersama Jinko Power Technology.

“Dengan kapasiti tertinggi sebanyak 588 MW, projek ini merupakan ladang solar terbesar Sembcorp dalam portfolio tenaga boleh diperbaharuinya di seluruh dunia,” kata kumpulan itu.

Projek ini disokong oleh perjanjian pembelian tenaga selama 20 tahun dengan Nama Power and Water Procurement Company.

Sembcorp menyatakan bahawa projek ini dijangka meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui Oman kepada 30 peratus menjelang 2030.

Sebelum ini, kumpulan itu berkata bahawa loji solar di Manah, sebuah bandar di timur laut Oman, akan mengukuhkan kehadiran Sembcorp dalam sektor tenaga dan penyahgaraman air di negara tersebut.

Sembcorp juga menyatakan bahawa projek ini akan dibiayai melalui gabungan sumber dana dalaman dan pinjaman bank luar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg