Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Seronok kembara dengan kemudahan baru syarikat penerbangan

Aug 20, 2023 | 05:32 AM



Dengan gangguan cuaca dan kelewatan pesawat yang berterusan sehingga mengubah topik perbincangan tentang perjalanan udara pada musim panas, keadaannya sebenarnya tidak seburuk mana malahan tersemat banyak hikmah.

Ini memandangkan banyak syarikat penerbangan kini sedang berusaha menambah baik khidmat yang ditawarkan sambil melabur untuk kemudahan penumpang pesawat, ruang istirahat dan kemudahan baharu yang boleh dianggap perubahan yang dialu-alukan menyusuli pandemik.

Tidak kira jika anda melancong selepas memenangi percutian percuma cabutan nombor bertuah yang banyak diadakan semasa pandemik atau melawat hotel atau resort baharu di destinasi yang belum pernah anda lawati, produk syarikat penerbangan ini patut diterokai.

Syukurlah, syarikat penerbangan sedang memperkenalkan produk dan faedah baharu yang boleh menjadikan pengalaman perjalanan anda lebih baik lagi.

Ikuti inisiatif terkini tiga syarikat penerbangan berikut.

Pesawat baharu United tawar khidmat pengecas wayarles bagi kabin kelas pertama

Lebih 200 pesawat Boeing 737 NG dan 737 MAX serta Airbus A321neos yang digunakan syarikat penerbangan United dilengkapi dengan kemudahan pengecas wayarles di tempat letak tangan penumpang.

Ada beberapa lagi ruang mengecas yang disediakan seperti port USB-C dan soket pada skrin definisi tinggi 13-inci dengan keupayaan Bluetooth. Justeru, bermacam ‘gadget’ boleh dicas.

‘Lounge’ premium Air France dengan reka bentuk mewah Perancis







‘Lounge’ baru untuk penumpang pesawat Air France di San Francisco sudah sedia menanti.

Ruangnya yang sudah diubah elok diluaskan bagi menampung 117 penumpang. Warna biru, putih dan merah digunakan sebagai lambang Perancis (seperti warna benderanya). Ada tempat khusus untuk penumpang kabin kelas pertama berbincang dan menjamu selera dengan sajian tradisional Perancis yang tidak terlalu mahal.

Qantas hasilkan alat ‘Cari Kredit’

Syarikat penerbangan Qantas mencipta peralatan yang membolehkan penumpang mencari jumlah kredit yang dikumpulkan selepas banyak penerbangan dibatalkan kerana pandemik.

Alat ‘Find My Credit’ membolehkan penumpang mengetahui jika terdapat wang tunai yang tidak diguna dan dalam akaun penumpang yang kerap memanfaatkan khidmat Qantas untuk melancong.

Ini termasuk kredit yang diperolehi sejak tiga tahun lalu atau kerap diberikan kembali beberapa kali kerana peraturan sekatan Covid-19 yang berubah-ubah.

Ia boleh terus digunakan sepanjang 2024 asal sahaja tempahan dibuat sebelum penghujung 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >