Restoran nasi padang popular, Sabar Menanti, bertapak di lokasi baru di North Bridge Road yang akan dibuka pertengahan September 2023.
Lokasi baru itu ialah di 719 North Bridge Road – berpindah dari tapak sekarang yang berada di 737 North Bridge Road.
Menurut kenyataan restoran itu, langkah berpindah itu didorong harga sewa yang meningkat di tapak lama.
“Ramai yang bertanya ke mana kami berpindah.
“Kami terpaksa berpindah dari lokasi kami di 737 North Bridge Road disebabkan kenaikan kos sewa yang tinggi.
“Kami berterima kasih dan teruja mendapat unit di 719 North Bridge Road berdekatan pintu masuk Masjid Sultan,” menurut restoran itu melalui satu kiriman di Facebook.
Ia turut menyatakan penghargaan kepada semua pelanggannya sepanjang ia beroperasi dan berharap sokongan tersebut diteruskan di lokasi barunya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg