Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jamu selera dengan makanan jalanan S’pura

Restoran Permata ingin pengunjung hargai sajian warisan bangsa
Aug 05, 2023 | 05:30 AM



Singapura memiliki hidangan makanan yang paling rencam memandangkan negara ini didiami penduduk daripada pelbagai kaum iaitu Cina, Melayu, India dan Serani. Ini telah memberi inspirasi kepada Pengarah Kulinari di Restoran Permata Singapura terletak di 73 Sultan Gate, Cef Mel Dean agar memperkenalkan bufet makanan jalanan pelbagai kaum sempena ulang tahun ke-58 Singapura.

“Memandangkan kita sebuah negara berbilang kaum, makanan kita berkepelbagaian. Kami mempunyai pelbagai stesen khusus untuk sajian kami. Di ‘Stesen Sri Paduka: Hearty Dishes’, Risoto Ayam Buah Keluak adalah salah satu sajian yang tidak boleh dilepaskan,” kongsi Cef Mel yang juga pejuang masakan Melayu dan Nusantara.

Hidangan Risoto Ayam Buah Keluak merupakan hidangan progresif pada hidangan Peranakan klasik yang diperkenalkan semula dan merupakan evolusi pada sajian asal risoto yang biasanya dikenali sebagai hidangan Italy. Cef Mel memutuskan untuk menggabungkan risoto dengan ayam buah keluak.

Pelanggan yang sering mengunjungi Permata di Gedung Kuning yang ikonik itu pastinya mengetahui tentang hidangan risoto seperti Risoto Rawon.







“Kita juga mungkin sudah biasa dengan mi siam Melayu atau mi siam Cina tetapi jarang terjumpa mi siam Mamak daripada kaum India. Profil rasa sangat berbeza kerana kuahnya mantap dengan santan dan rempahnya serta mi yang direbus dalam kunyit,” tambahnya.

Cef Mel percaya bahawa masakan Melayu dan Nusantara bukan sekadar nasi padang atau rendang dan sebaliknya mengubahnya menjadi hidangan gastronomi yang unik.

Hidangan klasik lain yang dihidangkan bagi tema makanan jalanan Singapura sepanjang Ogos ini termasuk sup kambing, roti kirai serta kuih pie tee.

Selain itu, Laksa Kesum Cakerawala pada asasnya ialah bebola nasi laksa yang digoreng menyerupai kroket dengan bahagian luar yang rangup dan dihidang dengan sambal belacan di stesen ‘Pembuka Selera’. Makanan gorengan lain yang lazat ialah pakora (gumpalan sayur atau daging yang disalut tepung dan digoreng garing) dan jemput-jemput bawang.


Bau asap semasa memasuki Restoran Permata sukar untuk dilepaskan di stesenMedan Bakar Sang Nila Utama: Grill Outdoor Live’ semasa sesi bufet makan malam.


Perisa yang mantap seperti Botok Botok Barramundi, Chargrilled Striploin dengan Sos Lemak Cili Padi, Udang BBQ dan Hawker BBQ Wings serta sate bagaikan membawa pelanggan ke pusat makanan ikonik di Singapura.







“Daging bakar lazimnya sering berpasangan dengan sos BBQ atau sos lada hitam. Tapi oleh kerana ini ialah restoran Nusantara, kami sajikan dengan sos kuah lemak cili padi.”

Hidangan lain yang merakamkan intipati sebenar suasana makan di Singapura turut menyajikan tulang merah, ketam cili, nasi lemak, Eurasion Devil Curry, asam pedas dan dim sum.


Hidangan manis tempatan yang menarik di stesen ‘Manisan Dessert’ termasuk pengat durian, ais kacang dan Koleh-koleh Temasek.

“Permata juga memutuskan untuk meneruskan barisan bufet dan tidak lagi menyajikan hidangan ala carte. Memandangkan ekonomi kini tidak menentu, kami memutuskan untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan memastikan bufet dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarkat dengan harga yang berpatutan seperti tawaran 1 untuk 1,” dedah Cef Mel.


Bufet Singapura akan berlangsung sepanjang Ogos dan berharga $78++ untuk dua orang makan tengah hari dan $88 ++ untuk dua orang makan malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >