Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saham CDL jatuh hingga 6.5% selepas dagangan disambung semula

Harga junam pada paras terendah sejak 2009, namun bangkit semula apabila dagangan ditutup
Mar 3, 2025 | 3:48 PM
Kejatuhan saham City Developments Limited (CDL) pada 3 Mac menyebabkan ia hilang status sebagai pemaju tersenarai terbesar di Singapura kepada UOL.
Kejatuhan saham City Developments Limited (CDL) pada 3 Mac menyebabkan ia hilang status sebagai pemaju tersenarai terbesar di Singapura kepada UOL. - Foto ZAOBAO

Saham City Developments Limited (CDL) jatuh hingga 6.5 peratus kepada $4.79, yang terendah sejak 2009 – selepas dagangan disambung pada 3 Mac di tengah perebutan kuasa dalam syarikat.

Dagangan sahamnya dihentikan pada 26 Februari dan disambung sebelum pasaran dibuka.

Sebelum ini, saham CDL terakhir didagangkan pada 25 Februari pada harga $5.12.

Menjelang tengah hari, harga sahamnya jatuh 2.7 peratus, ditutup pada $4.98, dengan 6.4 juta saham didagangkan, lapor The Straits Times (ST).

Kejatuhan saham CDL menjadikannya pemaju kedua terbesar selepas UOL, dengan modal pasaran $4.45 bilion berbanding UOL $4.61 bilion.

Pada 26 Februari, pengerusi eksekutif CDL, Encik Kwek Leng Beng mengumumkan beliau telah menyaman anaknya, ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, Encik Sherman Kwek, dan beberapa pengarah lain atas cubaan merampas kawalan lembaga pengarah.

Encik Sherman Kwek menafikan dakwaan itu dan menyalahkan penasihat lama bapanya, Dr Catherine Wu, sebagai punca utama perbalahan keluarga mereka.

Syarikat itu menegaskan operasi perniagaan tetap berjalan seperti biasa, dan Encik Sherman Kwek kekal sebagai CEO kecuali jika lembaga pengarah membuat keputusan sebaliknya.

Dalam pemfailan SGX lain, CDL mendedahkan bahawa Kwek Leng Beng dan tiga pengarah memfailkan permohonan mahkamah pada 25 Februari terhadap Encik Sherman Kwek dan enam pengarah lain, dengan CDL disenaraikan sebagai pemohon.

Antara permohonan yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi ialah untuk menghalang dua pengarah baru daripada menggunakan kuasa mereka dan menghalang Encik Sherman Kwek dan enam pengarah lain daripada melaksanakan keputusan lembaga pada 21 Februari mengenai perubahan dalam jawatankuasa utama.

Perbicaraan 26 Februari akan diteruskan tanpa CDL sebagai pemohon kerana terdapat pertikaian.

Mahkamah tidak mengeluarkan perintah utama tetapi mengarahkan semua pihak tidak bertindak ke atas resolusi 21 Februari atau anak syarikat CDL sehingga arahan lanjut.

Tarikh awal akan ditetapkan untuk perbicaraan penuh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg