Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham Netflix susut, manfaat banteras perkongsian akaun akan ambil masa

Jul 21, 2023 | 03:34 PM



Saham Netflix (NFLX.O) mengalami penurunan sebanyak lapan peratus pada Khamis, 20 Julai lalu selepas pendapatan perintis perkhidmatan penstriman video yang tidak memuaskan mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang dari inisiatif barunya.

Syarikat tersebut telah menambah bahawa hampir enam juta pelanggan baru telah didaftarkan dalam suku kedua, hampir tiga kali ganda daripada jangkaan Wall Street. Kejayaan ini dicapai hasil dari tindakan tegas yang diambil untuk menangani perkongsian kata laluan dan pengenalan langganan yang lebih murah yang disertai dengan pengiklanan.

Walaupun terdapat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam hasil suku tahunan, anggaran ramalan yang berkurangan telah menggalakkan Ketua Sama Pegawai Eksekutif, Encik Greg Peters, untuk memberi amaran bahawa ia akan mengambil “beberapa suku” untuk menilai kesan dan keberkesanan usaha tersebut.

Syarikat itu menambah bahawa hampir enam juta pelanggan dalam suku kedua - hampir tiga kali ganda melebihi jangkaan Wall Street - hasil daripada tindakan keras terhadap perkongsian kata laluan dan pengenalan pada peringkat langganan yang lebih murah yang dipadankan bersama pengiklanan. 

Saham Netflix mencecah rekod hari kedua yang paling teruk pada tahun ni, kehilangan hampir AS$18 bilion ($23.9 bilion) dalam nilai, pada 20 Julai lalu. Setakat ini, pada 2023, saham telah meningkat sebanyak 48 peratus.

“Netflix perlu mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan daripada jalan berbeza,” kata penganalisa dari Sophie Lund-Yates, Encik Hargreaves Lansdown, yang menambah bahawa pasaran “jauh dari mengetahui” jika peringkat iklan yang digembar-gemburkan bakal memberi keuntungan yang tinggi buat syarikat itu. 

Syarikat itu telah menentang persaingan daripada pesaing Disney+ dan Prime Video milik Amazon dalam industri yang menunjukkan tanda-tanda kurang permintaan di Amerika Syarikat. Kebanyakan langganan baru syarikat itu adalah di negara-negara yang mengenakan harga lebih rendah. 

“Ada yang telah menggunakan keputusan itu sebagai alasan untuk mengambil beberapa keuntungan,” kata penganalisa Kumpulan Kajian Pivotal, Encik Jeffrey Wlodarczak.

Penganalisa kekal yakin tentang saham Netflix, dengan sekitar 26 daripada mereka menaikkan sasaran harga dengan harapan agar pertumbuhan pendapatan akan dipercepatkan pada setengah tahun kedua pada 2023, berkat inisiatif menjana wang yang baru.

Mereka juga berkata mogok yang berterusan di Hollywood mungkin tidak akan menjejas kandungan yang boleh dipaparkan di Netflix apabila ada penstriman siaran langsung yang tidak boleh diisi dengan iklan sehingga 2024 berbanding pesaingnya yang telah mempunyai senarai persembahan yang tetap.

Syarikat ini juga mempunyai kehadiran antarabangsa yang besar, mempunyai akses pada pelbagai persembahan yang tidak berasal dari Amerika Syarikat. Judul-judul bukan Inggeris seperti “Physical 100”, “The Glory” dan “Alice in Borderland” kian popular.

“Setiap penstriman lain kini meningkatkan harga, sementara Netflix kini sangat kompetitif dengan peringkat iklan mereka. Ia meletakkan semula blok binaannya untuk pertumbuhan masa depan,” kata penganalisa PP Foresight, Encik Paolo Pescatore.

Beliau menambah bahawa syarikat itu juga akan bermanfaat daripada tindakannya untuk meninggalkan pelan paling murah tanpa iklan ke pasaran utama mereka, yang sepatutnya membantu menyokong pendapatan penurunan purata hasil bagi setiap pengguna.

Pada 19 Julai lalu, Netflix menaikkan unjuran aliran tunai bebas 2023 kepada sekurang-kurangnya $5 bilion daripada anggaran awal kira-kira $3.5 bilion akibat mogok itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >