Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi ancam jurubank jika bantu siasatan gabungan PGA, LIV Golf

Feb 8, 2024 | 3:47 PM
Jun lalu, Jelajah PGA mengumumkan satu perjanjian rangka kerja bagi penggabungan dengan LIV Golf, yang dibiayai Dana Pelaburan Awam (PIF).
Jun lalu, Jelajah PGA mengumumkan satu perjanjian rangka kerja bagi penggabungan dengan LIV Golf, yang dibiayai Dana Pelaburan Awam (PIF). - Foto REUTERS

WASHINGTON: Sedang jawatankuasa Senat Amerika Syarikat menyiasat usul penggabungan antara Jelajah PGA dengan LIV Golf, pegawai bank dan konsultan yang menasihati Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, memberi keterangan bahawa mereka berdepan “hukuman jenayah dan kewangan” jika mereka memberi kerjasama dalam siasatan itu.

PIF ialah dana kekayaan Arab Saudi yang membiayai LIV Golf. 

Menurut laporan Bloomberg News, PIF menyaman penasihatnya di mahkamah Saudi pada November, yang menghalang mereka daripada berkongsi maklumat tugasan mereka dengan jawatankuasa Senat Amerika mengenai keselamatan negara dan hal ehwal pemerintah.

Di Washington minggu ini, pegawai bank Encik Michael Klein, dan wakil firma runding cara McKinsey, Boston Consulting Group (BCG) dan Teneo Strategy menemui penggubal undang-undang dan meminta persefahaman mereka untuk tidak memberi kerjasama.

“PIF dengan jelas menyatakan pendedahan maklumat mengenai kerja-kerja BCG untuk PIF adalah melanggar undang-undang Saudi, yang ‘mengenakan hukuman jenayah kerana mendedah atau menyebar maklumat sedemikian termasuk penjara sehingga 20 tahun’,” kata Encik Rich Lesser dari BCG dalam testimoni yang disediakan.

“Terdapat risiko hukuman jenayah dan kewangan yang boleh dikenakan ke atas firma ini dan individu yang bekerja atau tinggal di Arab Saudi,” tambahnya.

Hukuman itu termasuk penjara 20 tahun bagi eksekutif dan kakitangan yang bekerja di Arab Saudi, ujar Encik Klein.

“Ini adalah tingkah laku pelanggan yang menyimpang daripada kebiasaan, dan sejujurnya, bagi PIF juga, yang sekian lama adalah pelanggan yang beroperasi dengan amalan tadbir urus terbaik bersama kami,” kata Encik Klein semasa satu perbicaraan.

Para eksekutif itu menambah, mereka akan melawan tuntutan mahkamah oleh PIF, lapor Bloomberg.

Siasatan oleh jawatankuasa Senat Amerika itu tertumpu kepada persoalan sama ada usul penggabungan PGA dengan satu-satu pesaingnya itu akan dibenarkan di bawah undang-undang antipersaingan Amerika. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg