Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian Centrepoint ditawar untuk jualan kolektif pada harga panduan $418j

Tender awam bagi gedung beli-belah akan dilancar pada 7 Jan, ditutup pada 3 petang, 26 Feb
Jan 7, 2026 | 5:29 PM
The Centrepoint, Orchard Road, jualan kolektif, tender
Hanya bahagian pegangan pajak The Centrepoint di Orchard Road, yang turut meliputi kompleks kediaman dengan 66 unit, yang ditawarkan dalam percubaan pertama untuk jualan kolektif itu. - Foto SAVILLS SINGAPORE

Kira-kira separuh daripada The Centrepoint, gedung di Orchard Road yang ikonik pada 1980-an, telah ditawarkan bagi jualan kolektif buat kali pertama, pada harga panduan $418 juta pada 7 Januari.

The Centrepoint yang setinggi tujuh tingkat dan turut meliputi kompleks kediaman dengan 66 unit ini dibangunkan oleh Frasers Centrepoint (kini Frasers Property) dan dibuka pada Mei 1983.

Ia merangkumi pelan Hak Milik Strata Perbadanan Pengurusan (MCST) nombor 1304 dan 1298, dan terletak di atas dua lot bersebelahan, lapor The Straits Times (ST).

Namun, hanya bahagian pegangan pajak di 176A Orchard Road – yang merangkumi bahagian belakang pusat beli-belah tersebut, dengan 66 unit strata runcit dan tingkat kediaman di bawah Pelan MCST Nombor 1304 – ditawarkan untuk jualan kolektif buat kali pertama ini.

Sebanyak 151 unit runcit lain di bawah Pelan MCST Nombor 1298 itu tidak termasuk dalam tender jualan kolektif tersebut, menurut ejen pemasaran, Savills Singapore.

Pengarah urusan jualan pelaburan dan pasaran modal di Savills Singapore, Encik Jeremy Lake, berkata:

“Disebabkan saiz kedai dan apartmen berbeza dengan ketara, kami menganggarkan setiap pemilik atau penyewa runcit akan memperoleh sekitar 30 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran terbuka semasa mereka.”

Di bawah pelan induk terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) , tapak itu dikhaskan untuk kegunaan komersial dengan nisbah lot 5.6 dan ketinggian maksimum 10 tingkat, membolehkannya dibangunkan semula sebagai pembangunan pelbagai kegunaan baru.

Terletak di jalur beli-belah ikonik Singapura, hartanah ini mempunyai baki 52 tahun daripada tempoh pajakan 99 tahun, dengan keluasan tapak kira-kira 44,700 kaki persegi.

Harga panduan $418 juta bersamaan dengan kadar tanah $2,709 setiap kaki persegi bagi setiap nisbah lot (psf ppr). Ini selepas mengambil kira caj peningkatan tanah $260 juta untuk memperbaharui pajakan kepada 99 tahun dan meningkatkan jumlah keluasan lantai kasar kepada nisbah lot 5.6.

Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), hartanah ini dibenarkan dibangunkan seluas kira-kira 171,482 kaki persegi (nisbah lot 3.83), dengan keluasan lantai kasar maksimum sekitar 250,320 kaki persegi.

Encik Lake menambah: “Pemaju telah membuat bidaan agresif untuk tapak Jualan Tanah Pemerintah (GLS), dan sebahagian daripada mereka pasti berminat membeli sebahagian daripada The Centrepoint.

“Atas sebab ini, kami yakin boleh melebihi harga panduan $418 juta...

“Dengan sambungan terus ke stesen MRT Somerset, aksesibiliti yang baik, dan lokasi di tengah-tengah Orchard Road, hartanah ini menawarkan peluang kepada pemaju untuk membangunkan hartanah ikonik dengan alamat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.”

Savills telah menjadi perantara beberapa jualan bersama besar di Orchard Road, termasuk Hotel & Pusat Beli-Belah Concorde pada harga $821 juta ($1,804 psf ppr), Delfi Orchard pada $439 juta ($3,346 psf ppr), Pusat Beli-Belah Tanglin pada $868 juta ($2,769 psf ppr) dan Ming Arcade pada $172 juta ($3,125 psf ppr).

Tiada sekatan untuk pemilikan asing.

Tender awam akan ditutup pada 3 petang, 26 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg