Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas berita ekonomi

Aug 16, 2024 | 2:17 PM
Pendapatan Grab tidak mencapai purata yang diramalkan penganalisis.
Pendapatan Grab tidak mencapai purata yang diramalkan penganalisis. - Foto ST

Grab terlepas anggaran pendapatan suku tahunan

Saham Grab Holdings merosot selepas syarikat tempahan pengangkutan itu melaporkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang tidak mencapai anggaran, menonjolkan persaingan sengit dalam pasaran Asia Tenggara, lapor The Straits Times.

Saham itu susut 7.4 peratus kepada AS$3.12 ($4.12) pada penutupan dagangan di New York pada 15 Ogos selepas syarikat itu berkata pendapatan meningkat 17 peratus kepada AS$664 juta ($878 juta) dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, tidak mencapai AS$676.9 juta yang diramalkan penganalisis secara purata.

Kerugian bersih suku kedua mengecil kepada AS$53 juta daripada AS$135 juta setahun sebelumnya.

Pendapatan larasan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan aset ialah AS$64 juta, kira-kira sejajar dengan anggaran.

Cordlife kehilangan akreditasi dengan badan perbankan darah

Bank darah tali pusat Cordlife Group pada 15 Ogos berkata badan antarabangsa, Persatuan bagi Kemajuan Darah dan Bioterapi (AABB), telah menarik balik akreditasi AABB Cordlife untuk aktiviti darah tali pusat – pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran.

Ini selepas syarikat itu memberikan kemas kini kepada AABB atas permintaan organisasi itu bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan notis kepada Cordlife menghalangnya daripada mengumpul, menguji dan menyimpan darah tali pusat baru selama tiga bulan mulai Jun.

AABB menetapkan piawaian untuk perbankan darah, perubatan transfusi, pengurusan darah dan terapi selular.

AABB telah memberitahu Cordlife bahawa persatuan itu boleh memberinya akreditasi hanya selepas MOH membenarkan syarikat itu menyambung semula perniagaannya, menyelesaikan sepenuhnya semua isu kualiti dan mempunyai rekod beberapa bulan tersedia untuk pemeriksaan di tapak.

Millennium buka pejabat di S’pura

Millennium Advisors telah mengembangkan operasi perdagangan dan jualannya ke Asia untuk mengambil kesempatan daripada lonjakan permintaan bagi dagangan elektronik dan bon dolar Amerika di rantau ini, lapor The Business Times.

Firma perdagangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu baru-baru ini membuka pejabat baru di Singapura, selepas mempertimbangkan lokasi berpotensi di Hong Kong dan Dubai, kata syarikat itu. Dagangan bermula pada 3 Julai dengan tiga pekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg