Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Aug 21, 2024 | 2:41 PM
Projek sambungan kuasa Australia-Asia utama syarikat Sun Cable akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga boleh diperbaharui.
Projek sambungan kuasa Australia-Asia utama syarikat Sun Cable akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga boleh diperbaharui. - Foto ST

Sembcorp t’tangani perjanjian eksport ammonia hijau dari India ke Jepun

Sembcorp Green Hydrogen, anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries, dan dua syarikat Jepun tersenarai lain telah menandatangani perjanjian prinsip dengan Nippon Yusen Kabushiki Kaisha untuk mengeksport ammonia hijau dari India ke Jepun, lapor The Business Times.

Ini berlaku selepas Sembcorp dan dua syarikat tersenarai – Kyushu Electric Power dan Sojitz – menandatangani persetujuan secara prinsip pada Jun untuk pembelian ammonia hijau.

Ketiga-tiga syarikat itu telah menandatangani memorandum persefahaman pada Disember 2023 untuk meneroka membekalkan Jepun dengan ammonia hijau yang dihasilkan di India.

Pada Rabu (21 Ogos), Sembcorp berkata Nippon Yusen Kabushiki Kaisha akan menyelia pengangkutan maritim ammonia hijau dan membangunkan rantaian bekalan yang kukuh untuk mengeksport gas itu dari India ke Jepun, khususnya di rantau Kyushu.

Australia lulus projek $17.6b eksport tenaga suria ke S’pura

SYDNEY: Australia telah memberi kebenaran untuk projek pembekalan tenaga suria A$20 bilion (S$17.6 bilion) yang merancang untuk menghantar bekalan tenaga dari ladang tenaga suria gergasi di utara negara itu ke Singapura melalui kabel bawah laut sepanjang 4,300 km, lapor The Straits Times pada 21 Ogos.

Menteri Alam Sekitar Australia, Cik Tanya Plibersek, berkata projek sambungan kuasa Australia-Asia utama Sun Cable akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga boleh diperbaharui di dalam dan luar negara.

Keputusan pelaburan terakhir dijangka pada 2027 dengan bekalan elektrik akan bermula pada awal 2030-an, menurut Sun Cable.

Saham Netflix cecah rekod tertinggi, pelabur untung

CHICAGO: Saham Netflix mencecah rekod pertama mereka dalam tempoh hampir tiga tahun apabila pelabur terus tertarik kepada syarikat penstriman video sementara strateginya untuk meningkatkan keuntungan juga berjaya.

Sahamnya meningkat 1.5 peratus pada 20 Ogos, mengatasi paras tertinggi sejak November 2021, puncak kejayaan era Covid-19. Sebagai tanda kuasa pengiklanannya yang semakin meningkat, syarikat itu pada awal hari itu mendedahkan peningkatan lebih 150 peratus dalam komitmen jualan iklan awal berbanding 2023.

Rekod itu mewakili pemulihan yang luar biasa untuk saham itu, yang pada satu ketika kehilangan lebih daripada 75 peratus nilainya berbanding kemuncaknya pada 2021.

Saham itu telah meningkat empat kali ganda sejak itu, apabila Netflix bertindak keras terhadap pengguna yang berkongsi akaun dan memperkenalkan peringkat pelanggan yang disokong oleh pengiklanan. - Agensi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg