Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sektor khidmat, kilang di S’pura kekal optimis

Industri pengangkutan, penyimpanan ramal sekitaran niaga lebih mencabar bagi baki 2025
Aug 1, 2025 | 4:33 PM
Singapura, sektor khidmat, kilang, Tinjauan Jangkaan Perniagaan, EDB
Menurut Tinjauan Jangkaan Perniagaan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada 31 Julai, sebanyak 17 peratus syarikat berasa optimis mengenai keadaan perniagaan bagi tempoh Julai hingga Disember. - Foto ZAOBAO

Sentimen perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan Singapura kini lebih positif, walaupun kebanyakan syarikat masih berhati-hati di tengah-tengah ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan tarif yang masih berterusan.

Menurut Tinjauan Jangkaan Perniagaan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada 31 Julai, sebanyak 17 peratus syarikat berasa optimis mengenai keadaan perniagaan bagi tempoh Julai hingga Disember, manakala 15 peratus syarikat berasa pesimistik.

Syarikat lain dalam tinjauan tersebut pula menjangka keadaan akan kekal sama, lapor The Straits Times (ST).

Walaupun hanya 2 peratus lebih banyak syarikat menjangkakan prospek perniagaan lebih baik, angka tersebut menunjukkan perubahan ketara berbanding negatif 17 peratus yang dicatat dalam tinjauan sebelum ini bagi tempoh April hingga September.

Industri paling optimis ialah sektor penginapan, perdagangan runcit, riadah, serta khidmat masyarakat dan peribadi.

Pengusaha hotel dan peruncit dijangka meraih manfaat besar daripada konsert, perdagangan dan acara sukan utama seperti Formula Satu (F1) yang akan berlangsung pada separuh kedua 2025.

Musim perayaan hujung tahun juga bakal meningkatkan kadar penginapan hotel dan jualan runcit.

Seiring dengan jangkaan ketibaan lebih ramai pelancong yang ingin menghadiri pelbagai acara, industri penginapan dijangka menambah bilangan pekerja pada suku ketiga 2025.

Sebaliknya, industri pengangkutan dan penyimpanan meramal persekitaran niaga lebih mencabar bagi baki 2025.

Syarikat pengangkutan laut, termasuk syarikat kapal kargo dan pengendali bot tunda serta tongkang, lebih berhati-hati terhadap keadaan geopolitik tidak menentu.

Ia menjangka permintaan lebih rendah bagi perkhidmatannya, berikutan tindakan ramai pengimport yang telah membuat pesanan awal bagi barangan untuk mengelak kesan kenaikan kos niaga akibat tarif baru Amerika Syarikat, yang dijangka dikenakan.

Bagaimanapun, syarikat pengangkutan udara dan darat menunjukkan pandangan lebih positif terhadap prospek perniagaan mereka.

Tarif dan dasar lain Amerika yang tidak menentu terus menjejas keyakinan dalam industri kewangan dan insurans.

Bank pula terus mengambil sikap berhati-hati, walaupun syarikat pemprosesan pembayaran menjangka jumlah transaksi dan pendapatan meningkat, didorong oleh perkembangan berterusan pasaran e-dagang.

Dalam satu lagi tinjauan sentimen perniagaan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), yang turut dikeluarkan pada 31 Julai, kebanyakan syarikat – 85 peratus – menjangka persekitaran operasi yang agak sama pada separuh kedua 2025.

Sebanyak 10 peratus syarikat menjangka keadaan perniagaan lebih cerah, manakala 5 peratus pula meramal prospek lebih lemah.

Industri elektronik dan kejuruteraan jitu meramalkan permintaan lebih kukuh bagi cip semikonduktor dan peralatan berkaitan, seiring dengan lonjakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg