Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sektor pejabat keluarga kukuh: Bank setempat bakal raih manfaat

Jan 23, 2025 | 5:14 PM
Pada 2024, jumlah pejabat keluarga tunggal di Singapura meningkat 43 peratus berbanding 2003, melebihi 2,000.
Pada 2024, jumlah pejabat keluarga tunggal di Singapura meningkat 43 peratus berbanding 2003, melebihi 2,000. - Foto fail

Sektor pejabat keluarga Singapura yang kukuh dijangka terus meningkatkan perniagaan pengurusan kekayaan bagi tiga bank tempatan (DBS, OCBC dan UOB), kata penganalisis. 

Lebih banyak pejabat keluarga akan memberi manfaat kepada perniagaan deposit dan kecairan bank-bank tempatan, kata ketua penyelidikan ASEAN di Macquarie Capital, Encik Jayden Vantarakis.

Ketua urusan utama di Maybank Securities, Encik Tareck Horchani, juga menjangka aliran kekayaan daripada pejabat keluarga akan meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) untuk pemberi pinjaman tempatan, lapor The Business Times.

Keperluan pemeriksaan yang lebih teliti dijangka menarik lebih banyak keluarga kaya, yang akan membawa aset berkualiti tinggi dan perkhidmatan premium – sekali gus meningkatkan yuran pengurusan kekayaan, katanya.

Encik Horchani juga menjangka bank yang mempunyai kepakaran dalam menyusun sumbangan dermawan akan mendapat manfaat daripada peningkatan perbelanjaan dalam bidang ini.

Beliau berkata perubahan cukai terbaru di United Kingdom (UK), seperti penghapusan cukai untuk mereka yang tidak tinggal tetap di UK dan peningkatan cukai keuntungan modal, telah membuat ramai individu kaya meninggalkan negara tersebut.

Kedatangan individu-individu ini akan membuka peluang bagi bank untuk menguruskan kekayaan peribadi dan korporat, yang akan memberi rangsangan besar kepada aliran pendapatan mereka. 

Pada 2024, jumlah pejabat keluarga tunggal di Singapura meningkat 43 peratus berbanding 2023, melebihi 2,000.

Singapura dijangka mempunyai 600 hingga 700 pejabat keluarga baru pada 2025, dengan jumlah keseluruhan melebihi 3,000 menjelang 2026, walaupun pertumbuhannya mungkin perlahan sebanyak 25 peratus. 

Ini berlaku walaupun terdapat pemeriksaan anti-pengubahan wang haram dan syarat cukai yang lebih ketat.

Pemerhati pasaran berkata Belanjawan Singapura pada 18 Februari mungkin perkenalkan insentif cukai lebih banyak untuk pelaburan filantropi dan kemampanan, yang boleh menarik lebih ramai individu kaya ke Singapura.

Encik Ong Sim Ho dari Drew & Napier berkata bahawa kemungkinan besar Belanjawan akan menawarkan pengecualian atau potongan cukai tambahan untuk projek kebajikan dan kemampanan.

Encik Ong menyatakan bahawa dalam dua tahun lalu, Singapura telah melaksanakan beberapa penyesuaian untuk menggalakkan pejabat keluarga memainkan peranan lebih aktif dalam kebajikan dan isu alam sekitar. 

Beberapa skim ini termasuk Skim Insentif Cukai Dermawan (PTIS)  untuk Pejabat Keluarga dan Skim Potongan Cukai Bantuan Kemanusiaan Luar Negara (OHAS), yang menggalakkan pejabat keluarga untuk membuat sumbangan kebajikan dan amal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg