Pencapaian beberapa usahawan tempatan telah diraikan dengan pemberian Anugerah Semangat Keusahawanan, atau Spirit of Enterprise (SOE) 2024 dalam satu majlis baru-baru ini.

Di majlis meraikan ulang tahun ke-21 SOE, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, menekankan daya tahan dan inovasi sebagai unsur penting untuk kejayaan.