Sewa ruang runcit di kawasan tengah Singapura meningkat sehingga 0.5 peratus pada suku ketiga 2023, selepas peningkatan kecil 0.3 peratus pada suku sebelumnya.
Angka yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat menunjukkan harga ruang runcit di kawasan tengah meningkat sehingga 0.6 peratus, menyusuli peningkatan 0.3 peratus pada suku kedua.
Di seluruh Singapura, pada akhir suku ketiga 2023, terdapat bekalan sekitar 600,000 meter persegi keluasan lantai kasar ruang runcit daripada projek yang dalam perancangan – kira-kira 35.7 peratus lebih luas daripada 442,000 meter persegi pada suku sebelumnya.
Kadar kekosongan ruang runcit di merata Singapura merosot kepada 7.2 peratus pada akhir September, turun sedikit daripada 7.5 peratus pada akhir Jun.
Penurunan kekosongan ruang runcit itu berlaku apabila jumlah ruang runcit yang diduduki berkurangan kepada 8,000 meter persegi.
Jumlah saham runcit merudum kepada 23,000 meter persegi pada suku ketiga, daripada peningkatan 18,000 meter persegi pada suku sebelumnya.
Sementara itu, kadar kekosongan bagi kawasan perancangan di Orchard adalah sebanyak 12.1 peratus, manakala kawasan tengah di luar Orchard sebanyak 8.6 peratus. Angka bagi seluruh Singapura adalah sebanyak 5.8 peratus.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg