Topik diikuti
Pergi ke BHkuSewa runcit turun 0.6%, pejabat turun 0.2% pada suku pertama 2026
Sewa runcit turun 0.6%, pejabat turun 0.2% pada suku pertama 2026
URA: Kadar kosong ruang niaga kekal stabil di serata S’pura
Sewa runcit turun 0.6%, pejabat turun 0.2% pada suku pertama 2026
Sewa ruang niaga di pusat Singapura merosot 0.6 peratus pada suku pertama 2026, berbeza dengan kenaikan 0.6 peratus pada suku keempat 2025.
Indeks sewa pejabat di kawasan pusat, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), turun 0.2 peratus suku ke suku pada suku pertama 2026, berbanding peningkatan 0.4 peratus pada suku pertama 2025.
Kadar kekosongan ruang niaga kekal stabil di seluruh Singapura, menyusuli penurunan 0.6 mata peratusan pada suku sebelumnya.
Bagi pejabat pula, kadar kekosongan di seluruh negara turun kepada 10.8 peratus pada akhir suku pertama, daripada 11.1 peratus pada akhir suku sebelumnya.
Perangkaan URA yang dikeluarkan pada 24 April menunjukkan harga ruang niaga menokok 2.2 peratus pada suku pertama, mengatasi peningkatan 1.7 peratus pada suku sebelumnya.
Sementara itu, indeks harga pejabat di kawasan pusat naik 0.2 peratus suku ke suku pada suku pertama, berbanding kejatuhan 0.7 peratus pada suku sebelumnya.
Pada suku pertama, jumlah ruang runcit yang disewa bertambah 6,000 meter persegi, lonjakan yang jauh lebih kecil berbanding peningkatan 34,000 meter persegi pada suku keempat.
Jumlah ruang pejabat yang disewa pula meningkat sebanyak 26,000 meter persegi pada suku pertama, selepas tiada perubahan pada suku sebelumnya.
Stok ruang niaga meningkat 10,000 meter persegi pada suku pertama, berbeza dengan penurunan 4,000 meter persegi pada suku sebelumnya.
Begitu juga, stok ruang pejabat meningkat 8,000 meter persegi kawasan bersih boleh disewa pada suku pertama, berbanding kemerosotan 7,000 meter persegi pada suku sebelumnya.
Pada akhir suku pertama, bekalan ruang niaga dalam perancangan pembangunan ialah sekitar 605,000 meter persegi keluasan lantai kasar (GFA), berbanding 560,000 meter persegi pada suku pertama.
Bagi ruang pejabat, bekalan dalam perancangan pembangunan berjumlah kira-kira 867,000 meter persegi GFA pada akhir suku pertama, kekal sama seperti suku sebelumnya.
