Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SGX lantik Daniel Koh sebagai CFO baru

Sep 23, 2024 | 2:44 PM
SGX bakal melantik Encik Daniel Koh, yang sebelum ini pengarah urusan di Standard Chartered, sebagai CFO barunya.
SGX bakal melantik Encik Daniel Koh, yang sebelum ini pengarah urusan di Standard Chartered, sebagai CFO barunya. - Foto SPH

Bursa Saham Singapura (SGX) menamakan Encik Daniel Koh sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) mereka yang baru.

Beliau bakal memulakan peranannya sebagai CFO baru mulai 1 Oktober sebelum mengambil alih secara rasmi mulai 1 Disember.

Encik Koh sebelum ini merupakan pengarah urusan, ketua pasaran perbendaharaan global di Standard Chartered, lapor The Business Times.

Beliau bakal menggantikan CFO sekarang, Encik Ng Yao Loong, yang memegang jawatan ketua ekuiti, kata SGX pada 23 September. 

Sebagai CFO, Encik Koh akan menyelia keseluruhan spektrum kewangan dan fungsi pembangunan korporat SGX, termasuk strategi korporat, pemerolehan serta perakaunan.

“Kepakaran mendalam beliau dalam perkhidmatan kewangan dan pemikiran strategik akan menyokong matlamat jangka panjang SGX,” kata Encik Loh Boon Chye, ketua eksekutif SGX.

Encik Koh merupakan lulusan Universiti Oxford dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana dalam bidang Sastera.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri perbankan dan kewangan, setelah mengetuai pasukan global dalam pasaran perbendaharaan.

Saham SGX turun enam sen, atau 0.5 peratus, pada $11.19 pada 10.07 pagi 23 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg