Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shell cadang beli Pavilion Energy dari Temasek Holdings

Jun 13, 2024 | 5:06 PM
Beribu pejabat di Singapura, Pavilion Energy adalah anak syarikat milik sepenuh Temasek yang menjalankan perdagangan dan pengiriman LNG di Asia dan Eropah.
Beribu pejabat di Singapura, Pavilion Energy adalah anak syarikat milik sepenuh Temasek yang menjalankan perdagangan dan pengiriman LNG di Asia dan Eropah. - Foto Bloomberg

Shell muncul sebagai pembida utama untuk membeli aset firma perdagangan Pavilion Energy, dalam perjanjian yang akan memperkukuh aktiviti gas asli cecair (LNG) syarikat gergasi itu.

Menurut sumber yang biasa dengan perkara itu, Shell sedang dalam perbincangan lanjut untuk membeli aset LNG tersebut daripada pemiliknya yang berpangkalan di Singapura, Temasek Holdings, yang berharap untuk mendapatkan lebih AS$2 bilion ($2.7 bilion) bagi perniagaan itu.

Pemilik aset itu telah bekerjasama dengan Barclays sejak 2023, dalam penjualan berpotensi yang akan mengecualikan perniagaan saluran paip gas, yang Singapura anggap sebagai aset strategik, tambah sumber tersebut, yang meminta supaya identitinya tidak didedahkan kerana perbincangan itu bersifat privet.

Walaupun perbincangan dalam peringkat lanjut, tidak ada persetujuan muktamad dicapai, dan pembida lain masih boleh muncul, atau Temasek mungkin memutuskan untuk mengekalkan aset itu, kata sumber itu lagi.

Shell dan Temasek enggan mengulas, manakala Pavilion Energy tidak segera memberi reaksi di luar waktu perniagaan biasa.

Shell dan Saudi Aramco telah disenarai pendek oleh Temasek sebagai antara “segelintir” syarikat untuk membeli kebanyakan aset, menurut laporan Reuters pada Mac.

Temasek ialah firma pelaburan negara kesembilan terbesar di dunia, dengan jumlah aset kira-kira AS$492 bilion, menurut data Institut SWF.

Beribu pejabat di Singapura, Pavilion Energy ialah anak syarikat milik penuh Temasek yang berdagang dan menghantar LNG di Asia dan Eropah.

Pada 2016, Singapura melantik syarikat itu sebagai salah satu daripada dua pengimport LNG. Ia telah membina portfolio kontrak bekalan LNG.

Shell memegang portfolio pencairan gas dan pemasaran terbesar di kalangan jurusan tenaga global, memberikan perkhidmatan hampir 20 peratus daripada jualan di seluruh dunia, menurut Bloomberg Intelligence.

Ia mempertaruhkan permintaan untuk LNG, akan terus berkembang, dengan Eropah lebih banyak bergantung pada bahan api kerana cuaca sangat sejuk.

Ia menggantikan gas saluran paip dari Russia dan arang batu yang lebih mengakibatkan pencemaran.

Penggunaan di Asia juga semakin meningkat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg