Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA lancar penerbangan harian ke Daxing, selatan Beijing pada Nov

Jun 24, 2024 | 5:04 PM
SIA juga akan menambah bilangan penerbangan mingguan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Capital, Beijing, daripada 18 kepada 21 penerbangan, mulai 5 Ogos.
SIA juga akan menambah bilangan penerbangan mingguan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Capital, Beijing, daripada 18 kepada 21 penerbangan, mulai 5 Ogos. - Foto ST

Mereka yang melancong ke Beijing akan mendapat pilihan penerbangan baru tidak lama lagi, apabila syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) melancarkan penerbangan harian antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing pada November.

SIA juga akan menambah bilangan penerbangan mingguan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Capital, Beijing, daripada 18 kepada 21 penerbangan, mulai 5 Ogos.

Dengan penerbangan baru dan tambahan penerbangan itu, SIA akan melakukan 28 penerbangan mingguan ke Beijing mulai November, menurut SIA dalam satu kenyataan pada 24 Jun.

Dengan tambahan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Kumpulan SIA, terdiri daripada SIA dan anak syarikatnya, syarikat penerbangan kos rendah Scoot, akan menyediakan khidmat ke 24 destinasi di tanah besar China.

Destinasi lain termasuk Shanghai, Shenzhen dan Chengdu, lapor The Straits Times (ST).

Terletak di selatan Beijing, lapangan terbang Daxing memberi penumpang akses mudah ke wilayah Beijing, Hebei dan Tianjin, yang menempatkan pelbagai tapak warisan budaya dunia, melalui rangkaian lebuh raya, kereta api bawah tanah dan kereta api, kata SIA.

Menurut laporan media, lapangan terbang tersebut, yang menelan belanja 450 bilion yuan ($84 bilion) untuk dibina, dibuka pada 2019.

Ia dijangka dapat mengurangkan beban pekerjaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital yang sedia ada di kawasan timur laut ibu negara itu.

Lapangan terbang baru dan canggih itu direka oleh arkitek tersohor kelahiran Iraq, Cik Zaha Hadid.

Menurut laman web lapangan terbang Daxing, perjalanan ke pusat bandarnya akan mengambil masa 20 minit dengan kereta api, dan 80 minit dengan teksi.

Penerbangan sulung pesawat SQ810 ke lapangan terbang Daxing, dijadual berlepas dari Singapura pada 12.30 pagi pada 11 November dan tiba di destinasi pada 6.35 pagi.

Pemangku Naib Presiden Kanan bagi Perancangan Pemasaran SIA, Encik Dai Haoyu, berkata China adalah pasaran utama bagi Kumpulan SIA, dan penerbangan baru itu membolehkan SIA menawarkan penerbangan harian tambahan ke Beijing, yang merupakan “sebuah destinasi popular untuk kededua pelancong dan pelawat perniagaan”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg