Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Trend kembara warga S’pura 2023: Spontan kunjunginegara jiran

Tinjauan Skyscanner senarai Bangkok, Denpasar dan Taipei sebagai destinasi pilihan penduduk Kota Singa
Dec 22, 2023 | 02:33 PM



Tanpa merancang percutian untuk tempoh masa yang lama sebelum berangkat, kian ramai warga Singapura lebih bertindak spontan dalam mengusahakan percutian idaman ke destinasi berhampiran.

Satu tinjauan agensi pelancongan dan laman pencarian perihal kembara global, Skyscanner, yang berpangkalan di Edinburgh, Scotland, dan mempunyai pejabat di Singapura, mendapati 31 peratus warga Singapura yang ditinjau hanya menempah percutian kurang seminggu daripada tarikh keberangkatan.

Inilah trend kembara warga Singapura bagi 2023.

Tinjauan itu juga menyenaraikan kota Bangkok, Denpasar di Bali dan Taipei sebagai destinasi percutian paling digemari oleh penduduk Singapura.

Manakala destinasi paling murah untuk dikunjungi adalah Yogyakarta, Indonesia (dengan biaya $168 sahaja).

Tempat penginapan paling murah di hotel tiga bintang pula ialah di Dengkil, Malaysia ($37 sahaja), manakala Langkawi merupakan tempat di mana anda boleh menempah kereta sewa dengan harga semurah $39.

Apabila ditanyakan teman-teman ‘kaki jalan’ mengenai kembara yang dilakukan spontan tanpa banyak perancangan teliti, mereka berkata mereka selesa mengunjungi negara jiran yang kerap dikunjungi sebelum ini.

Justeru, keputusan untuk mengembara secara spontan itu biasanya dibuat beberapa hari sahaja sebelum ke destinasi impian.

“Kuala Lumpur, misalnya, sudah menjadi destinasi wajib dan ‘rumah kedua’ untuk saya kunjungi setiap tahun. Kadangkala saya tergerak nak pergi Kuala Lumpur.

“Saya beritahu suami dan beliau kata ‘okey’. Ada teman malahan berseloroh pergi ke Kuala Lumpur buat saya dan suami macam pergi ke Pasir Ris dari Jurong!

“Saya akan bertemu teman-teman yang menetap di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta membeli-belah sakan di sana atau berkunjung ke kafe baru dibuka sekurang-kurangnya tiga kali setahun,” jelas Cik Dyllah Mahmud Khan, 39 tahun, seorang setiausaha, ketika dihubungi Berita Minggu.


Jurucakap Skyscanner pula menyifatkan jarak yang dekat antara Singapura dengan beberapa negara jiran memungkinkan rancangan bercuti dibuat dengan mudah.

“Untuk ke Bangkok, anda hanya perlu luangkan masa dua jam setengah menaiki pesawat. Bangkok adalah destinasi paling terkenal buat warga Singapura sepanjang 2023.

“Mereka boleh menaiki ‘tuk-tuk’ dan menikmati pemandangan malam di Bangkok sambil makan manisan pencuci mulut seperti ‘mango sticky rice’ yang cukup menyegarkan.


“Kemudian, mereka boleh bersiar-siar ke pasar malam yang sibuk dengan pengunjung dan menikmati minuman ‘Thai Milk Tea’ yang menjadi kegemaran ramai. Ada banyak pusat beli-belah baru yang dibuka di Bangkok juga,” katanya.


Kerana itu, pengunjung Singapura menganggap ‘Kota Senyuman’ ini sebagai destinasi ‘Nombor 1’ untuk dikunjungi.

Dari dahulu hingga sekarang, Bali kekal sebagai destinasi kedua paling terkenal dalam kalangan warga Singapura.

Encik Abdul Hamid Supandi, 59 tahun, seorang kakitangan awam, akan selalu membawa isteri dan dua anaknya ke Bali untuk menikmati pantai indah dan vila permai di Bali.

Anak-anak lelakinya yang berusia 20-an tahun yang memang sukakan sukan air akan menghabiskan masa meluncur air dan angin di pantai sekitar Denpasar, Bali.

Menurut jurucakap Skyscanner lagi, lebih ramai warga Singapura yang memilih untuk meneroka kota bajet di Asia Tenggara yang kaya budaya dan makanan tradisional yang lazat.

“Mengikut data kami, Yogyakarta menawarkan kos penerbangan paling murah dengan khidmat penerbangan ulang-alik hanya berharga $168 seorang sahaja secara purata pada 2023.

“Anda boleh menikmati pengalaman meneroka kebudayaan, pilihan tempat tinggal dengan harga berpatutan serta pelbagai sajian tempatan dan kecantikan alam di Yogyakarta.

“Yogyakarta adalah destinasi dengan nilai terbaik untuk pelancong Singapura. Apatah pula, sebagaimana yang tersenarai dalam laporan Trend Pelancongan 2024 Skyscanner, kota ini juga berada di tangga ketujuh dalam senarai 10 destinasi tular buat warga Singapura pada 2024.

“Saban tahun, pihak kami juga melihat usaha pengembara mencari keterangan tentang Yogyakarta dalam talian kian bertambah tahun demi tahun,” ujarnya.

Mengulas tentang trend kembara pelancong Singapura, pakar trend Skyscanner, Cik Cyndi Hui, berkata:

“Jika diimbas semula trend kembara penduduk setempat sepanjang 2023, saya dapat rumuskan bahawa warga Singapura telah mendakap kebebasan melancong ke negara antarabangsa walaupun kos pelancongan masih agak tinggi.

“Tabiat melancong mereka sejajar dengan trend baru bagi 2024. Laporan Trend Kembara 2024 terkini yang kami hasilkan menunjukkan betapa nilai kos kekal sebagai pertimbangan utama pelancong setempat tanpa mengabai peluang meneroka budaya sesebuah negara.”

Menurutnya, pelancong kini lebih tahu dan terdedah pada maklumat terkini yang diperlukan dalam membantu mencorak cara mereka mengembara.

“Tahun depan nampaknya kita akan lihat pelancong Singapura merancang pengembaraan ke kota lebih kecil di negara kegemaran mereka, Jepun, memandangkan empat kota Jepun dipilih sebagai destinasi idaman di tangga teratas bagi 2024.

“Kami juga meramalkan Los Angeles di Amerika Syarikat sebagai destinasi dengan nilai kos berbaloi buat penduduk Singapura pada 2024.

“Ini memandangkan harga penerbangan turun hampir seperempat daripada kos asal sepanjang 12 bulan ini.

“Pada 2024 juga, anda akan melihat pelancong Singapura berkunjung ke destinasi percutian yang mendapat inspirasi daripada wadah penstriman Netflix.

“84 peratus warga setempat yang ditinjau terinspirasi untuk melawat destinasi yang mereka lihat di pawagam atau televisyen.

“Ramai juga akan melancong untuk melihat persembahan artis kegemaran mereka dengan 46 peratus menyatakan mereka tidak keberatan bercuti ringkas selama beberapa hari untuk mendengar lagu kegemaran mereka dipersembahkan secara ‘live’ pada konsert artis kegemaran di negara jiran,” ujar Cik Hui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >