Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sidang Puncak Global Halal Dalam Perjalanan kembali pada Mei

Mar 08, 2024 | 03:40 PM



Edisi keempat sidang puncak yang berkongsi trend utama dalam pasaran perjalanan Muslim sejagat bakal diadakan selama tiga hari dari 28 hingga 30 Mei.

Sidang Puncak Global Halal Dalam Perjalanan 2024 itu akan mengadakan pelbagai kegiatan, termasuk majlis Anugerah Gastronomi HalalTrip yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Dibawakan syarikat terulung dalam bidang pelancongan halal, CrescentRating, dan syarikat HalalTrip, ia akan menampilkan lebih 40 penceramah dalam 18 sesi yang memberi tumpuan pada peluang dan cabaran utama yang akan membentuk masa depan pelancongan halal.

Kali ini, dua hari pertama sidang itu akan berlangsung dengan sesi yang diadakan secara maya.

Hari ketiga dan terakhir pula akan diadakan secara fizikal di Singapura dengan pelbagai acara.

Ini termasuk acara pelancaran Indeks Perjalanan Muslim Sejagat (GMTI) Mastercard-CrescentRating Kesembilan yang akan berkongsi data dan analitik tentang fasa pertumbuhan seterusnya dalam pasaran pelancongan Muslim.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CrescentRating dan HalalTrip, Encik Fazal Bahardeen, berkata dengan dunia kini di tengah-tengah fasa baru dalam pelancongan halal, sidang pada 2024 ini mewakili bukan hanya penumpuan minda, malah gabungan inovasi dan tradisi.

“Kami bersedia mengubah inti pati pengalaman pelancongan Muslim melalui teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

“Sidang ini adalah bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan dan inovasi, menandakan detik penting dalam perjalanan kami untuk mempercepatkan pertumbuhan mampan pelancongan halal,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >