Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singtel akan jual e-dompet Dash kepada Western Union

Ia merupakan strategi Singtel untuk beri tumpuan kepada perniagaan teras
Oct 24, 2024 | 3:13 PM
Penjualan aplikasi dompet elektronik Dash adalah selaras dengan strategi Singtel untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras dan kecekapannya.
Penjualan aplikasi dompet elektronik Dash adalah selaras dengan strategi Singtel untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras dan kecekapannya. - Foto BT

Syarikat telekomunikasi Singtel telah menandatangani perjanjian bersyarat untuk menjual aplikasi dompet elektronik Dash kepada syarikat perkhidmatan kewangan, Western Union.

Penjualan itu adalah sebahagian daripada langkah berterusan Singtel untuk memudahkan struktur dan portfolionya bagi meningkatkan peluang inovasi dan pertumbuhan, menurut Singtel dan Western Union pada 24 Oktober.

Cik Anna Yip, timbalan ketua eksekutif Singtel Singapura, berkata langkah itu adalah selaras dengan strategi kumpulan Singtel28 untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras dan kecekapannya, lapor The Business Times.

Strategi itu diumumkan bersama dengan pendapatan separuh kedua yang dikeluarkan pada Mei 2024.

Bagi separuh kedua yang berakhir pada 31 Mac 2024, pendapatan Singtel telah merosot dengan kerugian bersih sebanyak $1.3 bilion, berbanding keuntungan bersih sebanyak $1.1 bilion pada tempoh tahun lalu.

Pelan Singtel28 bertujuan untuk mengitar semula modal ke arah bidang pertumbuhan syarikat dan meningkatkan dividen.

Lembaga Pengarah Singtel mencadangkan dividen realisasi nilai baru sebanyak $0.038 sesaham, di samping dividen teras $0.06 sesaham.

Ini membawa dividen akhir untuk tahun penuh kepada S$0.098 setiap satu.

Syarikat itu telah menyatakan bahawa ia telah mengitar semula modal $8 bilion sejak 2021, dengan $6 bilion lagi akan dikitar semula dalam jangka sederhana.

Ketua pegawai kewangan kumpulan Singtel, Encik Arthur Lang, sebelum ini berkata dana yang dijana akan dilabur semula ke bidang pertumbuhan syarikat dan diagihkan semula kepada para pemegang saham.

Sebelum jualan itu diluluskan, pengguna Dash akan terus mendapat akses kepada perkhidmatan sedia ada, menurut Singtel dan Western Union.

Dilancarkan pada 2014, aplikasi itu mempunyai lebih 1.4 juta pengguna.

Ia membolehkan pengguna membuat bayaran, menghantar wang, menyimpan wang, membuat pelaburan dan mendapatkan insurans daripada satu platform.

Western Union, yang disenaraikan di Bursa Saham New York, berkata pemerolehan aplikasi itu adalah sebahagian daripada strategi Evolve 2025 syarikat itu.

Diumumkan pada 2022, strategi itu bertujuan mengembangkan ekosistem kewangannya, serta menambah baik produk dan perkhidmatan yang disediakannya.

Saham Singtel didagangkan naik 0.6 peratus, atau $0.02, kepada $3.20 pada 9.28 pagi 24 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg