Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Skim baucar CDC pada 2021, 2022 jana $312j bagi ekonomi S’pura

Feb 15, 2024 | 07:53 PM



Skim baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bagi 2021 dan 2022 telah menyokong peniaga dan penjaja di kawasan perumahan awam, dan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat yang dihadapi isi rumah di sini.

Satu kajian yang diterbitkan dalam laporan terbaru Tinjauan Ekonomi Singapura mendapati dua peringkat pertama pengeluaran baucar CDC pada kededua tahun itu, boleh menjana pendapatan sehingga $312.8 juta untuk ekonomi Singapura dengan peredaran masa, selepas kira-kira $237.9 juta dituntut oleh isi rumah.

Jumlah $312.8 juta itu bersamaan dengan 0.05 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) nominal Singapura, iaitu, GDP sebelum diselaraskan bagi inflasi dan berjumlah $673 bilion pada 2023, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Kajian itu menentukan kesan baucar itu ke atas ekonomi dengan mengambil kira kesan pengganda, dan menghapus ketirisan daripada cukai, import dan simpanan.

Contohnya, perbelanjaan isi rumah yang meningkat akan menyebabkan jualan lebih tinggi bagi perniagaan dan pembekal mereka, yang seterusnya menjana pendapatan bagi pemilik perniagaan dan pekerja mereka. Ini pula membawa kepada perbelanjaan lanjut dalam ekonomi.

Kajian itu juga mendapati sekitar 80 peratus daripada peniaga dan penjaja yang menyertai skim Baucar CDC menikmati pendapatan yang meningkat lebih $1,000 setiap satu, daripada kededua peringkat pengeluaran baucar itu pada 2021 dan 2022, dengan kira-kira 30 peratus meraih lebih $10,000 setiap satu.

Baucar CDC dilancarkan oleh pemerintah pada Disember 2021 sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Singapura atas perpaduan mereka semasa pandemik Covid-19, selain menyokong perniagaan di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang terjejas dengan pandemik itu.

Peringkat kedua pengeluaran baucar CDC dilancarkan pada Mei 2022 untuk membantu rakyat Singapura menampung perbelanjaan harian dalam mengharungi kos sara hidup yang meningkat.

Melalui kededua peringkat pengeluaran itu, setiap isi rumah Singapura layak menerima baucar CDC bernllai $200.

Sehingga Disember 2022, sekitar 20,000 peniaga dan penjaja di kawasan perumahan awam telah menyertai skim baucar CDC, membentuk sebahagian besar perniagaan sedemikian di Singapura, menurut kajian oleh pakar ekonomi kanan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Encik Andrew Chia dan Encik Gregory Tham.

Lebih 96 peratus daripada 1.22 juta isi rumah Singapura yang layak, telah menuntut baucar CDC mereka daripada kededua peringkat pengeluaran pada 2021 dan 2022, dengan 96 peratus daripada baucar yang dituntut itu dibelanjakan, menurut kajian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >