Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Smiggle sedang timbangkan tarik pelabur

Aug 22, 2023 | 03:42 PM



Jenama barangan aksesori sekolah, Smiggle, di mana sebuah bekas makanan boleh mencecah harga A$63 ($55), nampaknya sudah bersedia untuk menarik pelabur.

Pemilik Smiggle, Premier Investments, yang sahamnya disenarai di Sydney, berkata pada Isnin bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jenama itu sebagai sebahagian daripada perubahan korporat.

Penyusunan semula itu akan menyaksikan Smiggle, yang beroperasi di lebih 300 kedai di Australia, Asia Tenggara dan Eropah, berdiri sendiri sebagai entiti tersenarai.

Premier mahu mempertingkatkan nilai dalam perniagaannya yang berkembang pesat menyusuli kejatuhan harga saham tahun ini.

Smiggle telah menjadi popular sejak ia bertapak sebagai sebuah kedai sekitar dua dekad lalu.

Penjualan fiskal separuh tahun Smiggle naik mendadak 30 peratus kepada A$190.7 juta, menurut pemfailan Premier walaupun syarikat itu tidak mendedahkan pendapatan atau keuntungan unit itu.

Jenama itu merubah barang keperluan harian sekolah seperti beg dan bekas pensel kepada barangan mesti ada dengan menghiasi mereka dengan watak filem atau kartun kontemporari.

Sebuah beg troli jenama Barbie, misalnya, berharga A$105 – lebih daripada harga sesetengah penerbangan Sydney ke Melbourne.

Semakan semula perniagaan itu juga memberi tumpuan pada dua perniagaan pakaian daripada Premier Investments – cawangan baju tidur, Peter Alexander dan Apparel Brands.

Saham Premier tutup 12 peratus di Sydney, menjadikan nilai kumpulan itu mencapai sebanyak A$3.9 bilion.

Semasa ia mengumumkan semakan itu, Premier menjelaskan ketua pegawai eksekutif, Encik Richard Murray, akan berhenti.

Smiggle mempunyai cawangan di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Ireland.

Premier kata jenama itu sedang menerokai memperluaskan jenamanya di pasaran sedia ada dan baru.

Syarikat itu akan menyemak “struktur modal, operasi dan korporat termasuk dasar dividen dan pengasingan kumpulan itu kepada dua atau lebih entiti berbeza,” menurut Premier.

Pakar bank di UBS Group merupakan penasihat Premier dalam usaha penyusunan semula tersebut. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >