SP Group mengumumkan pada 29 Ogos bahawa ia kini pemilik tunggal syarikat, Power Automation, setelah mengambil alih keseluruhan kepentingan Siemens dalam usaha sama tersebut.
Sebelum ini, Siemens memiliki 49 peratus kepentingan dalam Power Automation, yang ditubuhkan pada 1996 bersama SP Group.
Perniagaan Power Automation meliputi kawalan sistem kuasa, automasi pencawang, sistem perlindungan dan huraian tenaga mampan.
Menurut SP Group, pengambilalihan itu akan membolehkan kumpulan tersebut memperluas keupayaan kejuruteraan kritikalnya bagi projek utama, mempercepat pelaksanaan teknologi grid pintar, serta meningkatkan sokongan terhadap peralihan tenaga.
Meskipun kepentingan Siemens telah diambil alih sepenuhnya, Power Automation, akan terus mengekalkan kerjasamanya dengan syarikat gergasi Jerman itu, lapor The Business Times (BT).
Pelanggan juga masih boleh mengakses teknologi dan produk Siemens, tambah SP Group.
SP Group dimiliki sepenuhnya oleh syarikat pelaburan pemerintah Singapura, Temasek Holdings.
Pada Julai 2025, Temasek Holdings menjual 35 peratus kepentingan dalam usaha sama di India bersama syarikat Perancis Schneider Electric dengan nilai 5.5 bilion euro ($8.2 bilion) secara tunai.
Dalam perkembangan berasingan, SP Group turut melepaskan pegangannya bersama SPTel sebanyak $290 juta pada bulan sama.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg