SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura bentuk agensi angkasa negara 1 April

S’pura bentuk agensi angkasa negara 1 April

Feb 2, 2026 | 10:22 AM

S’pura bentuk agensi angkasa negara 1 April

Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng
Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng - Foto CMG

Sebuah agensi angkasa negara akan dibentuk pada 1 April untuk membolehkan Singapura merebut peluang dalam ekonomi angkasa yang kian berkembang serta membangun dan keupayaannya dalam bidang sektor itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng.

Agensi Angkasa Nasional Singapura (NSAS) akan berpangkalan di pusat operasi berbilang agensi yang akan memberi sokongan kepada agensi pemerintah dalam perihal satelit atau berhubung permohonan imej satelit. Ia juga bakal berkeupayaan menyediakan analitik data geospatial atau mengenai tempat-tempat tertentu, kata Dr Tan, berucap di Sidang Puncak Angkasa pada 2 Februari.

Keupayaan ini boleh dilaksana dalam bidang seperti operasi pelabuhan, perancangan bandar, pengawasan sekitaran dan keselamatan bekalan makanan, kata Dr Tan yang juga Menteri Tenaga Manusia.

Sidang Puncak Angkasa sedang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada 2-3 Februari, sempena Pameran Udara Singapura yang berlangsung 3-8 Februari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg