Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura, Saudi tambah penerbangan antara dua negara

Feb 22, 2024 | 01:53 PM



Syarikat penerbangan dari Singapura dan Arab Saudi akan dibenarkan menambah penerbangan antara kedua-dua negara di bawah satu perjanjian perkhidmatan udara yang dipertingkat, berkuat kuasa 19 Februari.

Syarikat penerbangan dari dua negara itu juga akan dapat mengendalikan lebih banyak ‘penerbangan bebas kelima’, tanpa sebarang sekatan ke atas laluan perjalanan, kapasiti atau jenis pesawat, demikian menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan pada 21 Februari.

Hak trafik kebebasan kelima membenarkan syarikat penerbangan terbang dari negara asalnya ke negara lain, menurunkan penumpang dan bagasi, sebelum mengambil penumpang dan bagasi baru, serta meneruskan perjalanan ke negara ketiga.

Ini bermakna syarikat penerbangan yang berpangkalan di Saudi, misalnya, boleh terbang ke destinasi Asia Tenggara lain melalui persinggahan di Singapura, menggunakan hak ini, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Menjawab pertanyaan, CAAS menyatakan perjanjian yang dipertingkat itu membolehkan syarikat penerbangan dari dua negara itu gunakan hak trafik kebebasan kelima untuk terbang antara Singapura dengan Saudi melalui mana-mana destinasi di dunia, atau terbang ke negara lain di seluruh dunia.

Sebelum ini, hak trafik kebebasan kelima di bawah perjanjian itu hanya boleh digunakan melalui destinasi tertentu, atau ke negara tertentu.

Pihak berkuasa tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai tambahan bilangan penerbangan yang dibenarkan dengan perjanjian baru itu.

Menurut CAAS, perjanjian perkhidmatan udara antara Singapura dengan Saudi kali pertama ditandatangani pada 1990. Ini adalah kali kelima ia dinaik taraf.

Pada 19 Februari, CAAS juga menandatangani satu perjanjian tidak mengikat dengan Penguasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) yang membolehkan kedua-dua agensi pemerintah itu menjalankan pertukaran tetap dan bekerjasama dalam bidang seperti prasarana, keselamatan, perlindungan alam sekitar dan penggunaan teknologi.

CAAS berkata pihaknya dan GACA akan mengadakan lawatan pakar untuk berkongsi pengalaman dan maklumat saintifik dan teknikal berkaitan, di samping bekerjasama dalam menyokong latihan.

Presiden GACA, Encik Abdulaziz Al-Duailej, berkata perjanjian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai rakan kongsi penerbangan strategik Saudi.

Ketua pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata kedua-dua perjanjian penting dalam membina kerjasama antara dua hab udara utama itu.

“Banyak yang boleh kita belajar daripada satu sama lain. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menambah pertukaran dan membincang cara kami boleh meraih manfaat strategi pertumbuhan masing-masing untuk merapatkan dua kawasan ini,” tambah Encik Han.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >