Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

StarHub: Tiada perubahan segera khidmat MyRepublic

Pelanggan MyRepublic malah akan ditawar pakej diskaun untuk langganan Liga Perdana
Aug 14, 2025 | 6:08 PM
starhub, myrepublic
Menurut StarHub, pelanggan MyRepublic tidak akan melihat sebarang perubahan segera pada struktur pelan langganan dan harga mereka. - Foto fail

Pelanggan penyedia jalur lebar MyRepublic, yang telah diambil alih sepenuhnya oleh pemegang saham majoriti StarHub pada 12 Ogos, tidak akan melihat sebarang perubahan segera pada struktur pelan langganan dan harga mereka.

Ketua perniagaan pengguna StarHub, Encik Matt Williams, turut berkata pengambilalihan itu “memberi kami peluang untuk memanfaatkan aset lebih luas milik StarHub”, lapor The Straits Times (ST).

Sebagai contoh, katanya pelanggan MyRepublic akan ditawarkan pakej diskaun untuk langganan Liga Perdana tidak lama lagi.

Encik Williams berkata demikian semasa taklimat keputusan syarikat pada 14 Ogos, dua hari selepas StarHub, yang telah memegang 50.1 peratus kepentingan dalam perniagaan jalur lebar MyRepublic sejak 2022, mengambil alih baki 49.9 peratus saham.

Seorang jurucakap StarHub berkata tiada rancangan segera bagi sebarang pemotongan pekerjaan.

Jurucakap itu berkata: “Tiada rancangan segera bagi penstrukturan semula pasukan atau perubahan perkhidmatan selepas pengambilalihan. Tumpuan kami adalah pada penyampaian mutu, kebolehpercayaan, dan pengalaman lancar untuk pelanggan sambil mengukuhkan perniagaan.”

Encik Williams juga berkata: “Kami telah bekerja dengan pasukan MyRepublic dan akan terus menyokong cara unik mereka melayani pelanggan.”

Apabila ditanya sama ada StarHub akan mengehadkan kelajuan sambungan untuk pengguna berat MyRepublic, Encik Williams tidak mengulas tindakan syarikat itu.

Sejak dilancarkan pada 2011, MyRepublic menjanjikan pengguna tiada penurunan kelajuan atau had kelajuan pada skim muat turun antarabangsa.

Tanpa penurunan kelajuan rangkaian, pengguna mengalami sedikit kelewatan dalam melayari, bermain permainan, dan penstriman video.

Pada 14 Ogos, StarHub melaporkan penurunan 41.7 peratus dalam keuntungan separuh tahun pertama kepada $47.9 juta, berbanding $82.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2024.

Penurunan keuntungan itu termasuk pembayaran penolakan sekali-sekala sebanyak $14.1 juta bagi pemulangan hak spektrum tertentu.

Jika pembayaran ini dikecualikan, keuntungan bersih meningkat kepada $62 juta, walaupun ini masih menunjukkan penurunan 23 peratus berbanding 2024.

Ketua Pegawai Kewangan, Encik Jacky Lo, mengumumkan bahawa unjuran pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan, dan pelunasan akan dikurangkan kepada antara 88 hingga 92 peratus daripada jumlah hasil StarHub untuk 2024.

StarHub juga akan fokus pada strategi pelbagai jenama dan segmen, dengan persaingan harga untuk cabang kos rendah, Eight, serta menawarkan lebih banyak faedah kepada pelanggan StarHub.

Syarikat itu juga akan meningkatkan pelaburan dalam perkhidmatan keselamatan siber, berikutan ancaman yang semakin meningkat dan inisiatif keselamatan siber negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg