Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat Jerman DB Schenker akan buka hab logistik pelepasan sifar, jangka siap 2025

Aug 14, 2023 | 06:39 PM



Syarikat logistik Jerman DB Schenker akan membuka hab logistik pelepasan sifar baru di Tampines, yang dijadualkan siap pada separuh pertama 2025.

Kemudahan seluas 600,000 kaki persegi – dipanggil RedLion2 – direka untuk menempatkan kaedah automasi termaju terkini seperti sistem penghantar pintar, sistem penyimpanan dan pengambilan automatik dan kenderaan berpandu autonomi.

Ia juga bertujuan menyokong industri semikonduktor dan penjagaan kesihatan dengan penyelesaian logistik.

DB Schenker mempunyai lebih 76,000 pekerja di seluruh dunia, dengan kira-kira 1,900 berpangkalan di sini.

Menurut DB Schenker, RedLion2 adalah sebahagian daripada rancangannya untuk menggajikan lebih 600 pekerja di Singapura dalam tempoh tujuh tahun akan datang dalam bidang seperti automasi proses, analisis data dan transformasi digital.

Ditubuhkan di Singapura pada 1970, DB Schenker ialah penyedia logistik global dengan lebih 700,000 pelanggan daripada industri seperti aeroangkasa, bahagian marin dan semikonduktor.

Syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengangkutan darat, udara dan lautan kepada pelanggannya. Ia juga menawarkan penyelesaian pengurusan rantaian bekalan logistik dan global.

Syarikat itu menyatakan ia akan melabur lebih 100 juta euro ($148 juta) untuk mengembangkan ruang gudang RedLion 2.

Menurut DB Schenker, RedLion2 akan menjadi pelaburan terbesar firma itu di Singapura, mengatasi rekod sebelumnya untuk RedLion, sebuah gudang bernilai $163 juta yang dibuka pada 2020 di zon perdagangan bebas Taman Logistik Lapangan Terbang Singapura.

Pelaburan strategik itu akan membantunya sebagai sebuah pusat pengedaran serantau, menyokong industri semikonduktor, elektronik dan penjagaan kesihatan, jelas syarikat itu.

Semaca berucap di majlis pecah tanah untuk RedLion2 di Tampines pada Isnin, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata pengembangan DB Schenker adalah bukti kekuatan Singapura sebagai hab pengedaran dan pemunggahan sejagat.

Encik Chee menambah bahawa Singapura berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peralihan rantaian bekalan sejagat di tengah-tengah pemulihan pascapandemik dan ketegangan geopolitik.

“Persekitaran mesra perniagaan kita, sistem politik yang stabil, undang-undang yang kukuh, rangkaian Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) yang luas dan tenaga kerja terlatih adalah antara beberapa ciri yang telah mendorong syarikat-syarikat untuk menubuhkan operasi mereka di sini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >