Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat Olam Agri beli pembekal makanan haiwan di Senegal pada harga $24.8j

Mar 04, 2024 | 05:58 PM



Anak syarikat Kumpulan Olam, Olam Agri, yang tersenarai di Bursa Singapura, telah memperoleh Avisen, sebuah syarikat pembekal makanan haiwan utama di Senegal, pada harga 17 juta euro ($24.8 juta), menurut kumpulan itu pada 4 Mac.

Kumpulan itu memiliki kepentingan 64.5 peratus dalam syarikat Olam Agri.

Langkah pembelian tersebut dijangka meningkatkan kehadiran perniagaan makanan dan protein haiwan Olam Agri di Afrika Barat, di mana ia kini menghasilkan makanan haiwan, di samping anak ayam itik berusia sehari di Nigeria.

Ia menjangka pemerolehan itu, yang dibiayai daripada kemudahan wang tunai dan hutang sedia ada, akan menambah pendapatan syarikat itu mulai 2024, menurut The Straits Times (ST)


Syarikat Avisen ditubuhkan pada 2000 oleh dua doktor haiwan.

Kilangnya di Rufisque, Senegal, menghasilkan lebih 100,000 tan makanan haiwan.

Presiden perniagaan makanan dan protein haiwan bersepadu Olam Agri, Encik Sharad Gupta, berkata:

“Menggabung rangkaian sumber komoditi sedunia dan kepakaran pengilangan dan formulasi kukuh Olam Agri, dengan pengetahuan pasaran tempatan Avisen, akan membolehkan (syarikat ini) memperbaiki lagi mutu dan kecekapan kos makanan haiwan di pasaran Senegal.”

Encik Gupta menambah bahawa Olam Agri menjangka pertumbuhan kukuh dan berterusan dalam sektor ayam itik, dan permintaan teguh bagi makanan haiwan bermutu tinggi.

Syarikat tersebut akan membuat pelaburan yang diperlukan untuk meningkatkan jumlah penghasilan makanan haiwannya.

Ketua eksekutif Avisen, Encik Papa Seck berkata, Olam Agri akan menerapkan amalan terbaik industri dalam perniagaannya, di samping membawa pelbagai pengalaman berkaitan yang diperoleh daripada kehadiran kukuhnya di pasaran seperti Nigeria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >