Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat pemula S’pura ingin beri sokongan kepada mereka yang berduka

Dec 14, 2023 | 04:13 PM



Kematian dua neneknya menyedarkan mantan eksekutif kewangan, Encik Keng Low, bahawa lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk membantu mereka yang berduka meratapi kehilangan orang tersayang.

Pemergian neneknya itu mencetuskan semangat keusahawanan Encik Low.

Beliau menubuhkan syarikat pemula yang digelar Liveful untuk membantu orang ramai menangani cabaran emosi dan logistik apabila kematian berlaku.

Liveful, yang menyediakan sokongan digital buat mereka yang sedang bersedih kerana kehilangan seseorang, mempunyai aplikasi dengan nama yang sama.

Aplikasi itu sudah disediakan sejak 14 Disember, lapor The Straits Times (ST).


Aplikasi itu menawarkan empat perkhidmatan utama, termasuk ruangan 3D maya yang membolehkan pengguna menyimpan memori orang tersayang.

“Anda boleh memuat naik gambar dan video mereka, contohnya, resipi masakan kegemaran nenek anda, atau rakaman audio percakapannya,” kata Encik Low, yang turut berpengalaman dalam sektor modal perniagaan.

Satu lagi ciri aplikasi itu ialah kotak digital yang boleh menyimpan kata laluan dan butiran akaun kewangan orang tersayang. Ini akan memudahkan urusan melaksana wasiat seseorang selepas beliau meninggal dunia.

Pengguna juga mempunyai akses kepada satu rangkaian rakan sokongan profesional terpilih seperti kumpulan terapi dan penyedia khidmat pengurusan jenazah atau mayat.

Selain itu, mereka boleh mendengar daripada duta yang berkongsi pengalaman peribadi selepas kehilangan orang tersayang.

Satu tinjauan kendalian syarikat pemula itu yang melibatkan 100 warga Singapura pada November menunjukkan sebanyak 70 peratus responden berasa selesa berkongsi pengalaman kehilangan seseorang di dalam talian, menurut Liveful.  

Encik Low berusia 14 tahun ketika salah seorang neneknya meninggal dunia. Kematian seorang lagi neneknya pada 2023 mendorongnya untuk memudahkan rakyat Singapura menjalani proses meratapi kehilangan seseorang.

“Ingatan saya kepadanya (nenek Encik Low yang meninggal dunia ketika beliau berusia 14 tahun) terpahat dalam fikiran. Tetapi kami hanya ada sekeping gambar hitam putih beliau sebagai kenangan. Ia tidak menggambarkan dirinya yang mesra dan penyayang,” jelas beliau.

Encik Low, yang juga Ketua Eksekutif syarikat itu, menyedari bahawa orang ramai sering terlalu sibuk dengan kerja logistik dan pentadbiran bagi pengurusan jenazah atau perarakan pengebumian yang tidak terbiasa bagi mereka selepas pemergian orang terdekat.

Mereka perlu mengurus semua itu dan tidak sempat meluangkan masa untuk bersedih, tambahnya.

“Saya berharap Liveful dapat menawarkan wadah yang dikongsi bersama bagi rakyat Singapura yang mencari ketenangan dan bimbingan, apabila mereka kehilangan seseorang,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, salah satu cabaran bagi syarikatnya ialah memastikan setiap langkah yang diambil seiring dengan sensitiviti budaya dan emosi audiens Liveful.

Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >