Tarif semikonduktor Trump hanya beri kesan terhad kepada S’pura buat masa ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarif semikonduktor Trump hanya beri kesan terhad kepada S’pura buat masa ini

MTI: Tarif dikena bagi kategori cip terhad, tidak dihasilkan di sini
Jan 20, 2026 | 5:57 PM

Tarif semikonduktor Trump hanya beri kesan terhad kepada S’pura buat masa ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tarif semikonduktor, Donald Trump, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)
Beberapa cip canggih dan produk lain yang berkaitan kini akan dikenakan tarif 25 peratus apabila diimport ke Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

Kadar tarif baru yang diumumkan Amerika Syarikat ke atas produk semikonduktor dijangka memberi kesan amat terhad kepada industri cip Singapura buat masa ini, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Pengumuman yang ditandatangani oleh Presiden Amerika, Encik Donald Trump, pada 14 Januari, menetapkan beberapa cip canggih dan produk berkaitan kini dikenakan tarif 25 peratus apabila diimport ke Amerika.

Levi ini buat masa ini merangkumi cip canggih, seperti Nvidia H200 dan AMD MI325X, yang kebanyakannya digunakan dalam pusat data kecerdasan buatan (AI) dan dihasilkan di Taiwan.

Cukai duti ini akan dikenakan ke atas cip apabila ia dibawa masuk ke Amerika untuk pemprosesan terakhir sebelum dihantar ke pasaran luar negara.

“Penilaian awal kami, dengan kerjasama industri, mendapati bahawa fasa pertama tarif semikonduktor yang diumumkan pada 14 Januari memberi kesan terhad ke atas Singapura, memandangkan tarif itu dikenakan terhadap kategori cip yang terhad dan tidak dihasilkan di Singapura pada masa ini,” kata MTI.

Pengumuman Amerika itu turut menjelaskan bahawa tarif tidak akan dikenakan ke atas cip yang diimport untuk menyokong pembinaan rantaian bekalan teknologi Amerika atau mengukuhkan keupayaan perkilangan negara itu bagi produk berkaitan semikonduktor.

Ini termasuk produk yang diimport untuk kegunaan di pusat data, penyelidikan dan pembangunan, serta aplikasi pengguna lain yang bukan di pusat data.

Buat masa ini, Encik Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas kumpulan cip asing yang lebih luas, termasuk yang mungkin dihasilkan di Singapura.

Sebaliknya, Encik Trump mengarahkan Setiausaha Perdagangan Amerika, Encik Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan Amerika, Encik Jamieson Greer, supaya berunding dengan rakan dagang bagi menangani import semikonduktor. Mereka perlu melaporkan keputusannya dalam tempoh 90 hari.

Pegawai berkenaan dijangka memberikan maklumat terkini mengenai rundingan tersebut menjelang 1 Julai.

Bergantung pada laporan itu, Encik Trump dijangka mengumumkan “tarif tambahan ketara” dan program pengimbangan tarif untuk menggalakkan perkilangan tempatan, menurut Rumah Putih.

MTI berkata ia akan terus memantau perkembangan situasi tersebut.

Pakar ekonomi kanan di Bank DBS, Cik Ma Tieying, berkata:

“Syarat pengecualian menunjukkan pentadbiran Encik Trump tidak berniat melaksanakan tarif semikonduktor terlalu tinggi sehingga boleh menjejas pembangunan AI, (lebih-lebih lagi) pada masa AI menjadi tonggak utama pertumbuhan Amerika.”

“Dengan Amerika memasuki musim pilihan raya pertengahan penggal tahun ini (2026), jangkaan terhadap kelonggaran dasar tarif mungkin meningkat, memandangkan pentadbiran itu berusaha mengehadkan tekanan kos ke atas pengguna Amerika dan mengekalkan sokongan pengundi,” tambah Cik Ma.

Pengumuman Encik Trump dibuat menyusuli satu siasatan selama sembilan bulan di bawah Seksyen 232 Akta Pertumbuhan Perdagangan 1962 negara itu, dan menyasarkan beberapa cip canggih yang memenuhi piawaian tertentu serta peranti yang menggunakannya untuk tujuan cukai import.

Menurut pentadbiran Encik Trump, tarif cip ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menggalak pengeluar cip menghasilkan lebih banyak produk semikonduktor di Amerika, serta mengurangkan kebergantungan terhadap pengeluar cip dari negara seperti Taiwan dan Korea Selatan.

Pada 17 Januari, Encik Lutnick berkata pengeluar cip memori dari Korea Selatan dan firma Taiwan yang tidak melabur di Amerika mungkin berdepan tarif sehingga 100 peratus melainkan mereka bersetuju meningkatkan pengeluaran di Amerika.

Baru-baru ini, Taiwan telah menandatangani perjanjian yang akan menurunkan tarif eksport daripada 20 peratus kepada 15 peratus, serta menyaksikan syarikat semikonduktor Taiwan meningkatkan pembiayaan bagi operasi di Amerika sebanyak AS$500 bilion ($642.5 bilion).

Di bawah perjanjian dengan Korea Selatan diumumkan pada Julai 2025, Amerika akan mengenakan tarif 15 peratus ke atas kebanyakan barangan dari negara itu, manakala import cip dikecualikan daripada cukai.

Para pakar berpendapat bahawa perjanjian Amerika dengan Taiwan dan Korea Selatan boleh menjadi model bagi rundingan masa depan dengan negara pengeksport cip lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg