Tender tapak luas pelbagai guna Bayshore Drive dijangka tarik bidaan lebih $1b
Tender tapak luas pelbagai guna Bayshore Drive dijangka tarik bidaan lebih $1b
Penganalisis jangka tapak akan tarik minat banyak pemaju, mungkin ada bentuk konsortium
Mar 30, 2026 | 7:49 PM
Tender tapak luas pelbagai guna Bayshore Drive dijangka tarik bidaan lebih $1b
Pembangunan pelbagai kegunaan ini akan disepadukan dengan stesen MRT Bedok South, sebuah pusat pertukaran bas dan ruang perniagaan runcit. - Foto BT/URA
Sebuah tapak komersial dan kediaman pelbagai guna yang luas di kawasan popular Bayshore telah ditawarkan untuk dijual, dalam tender pemerintah yang dijangka menarik minat yang tinggi dan tawaran melebihi $1 bilion.
Pembangunan Bayshore Drive itu, yang menawarkan sehingga 1,280 unit kediaman baru, akan disepadukan dengan stesen MRT Bedok South, sebuah pusat pertukaran bas dan ruang perniagaan runcit.
Laporan berkaitan
Safra Bayshore sasar dibuka pada 2030, sebelah stesen TEL Bedok SouthJun 29, 2025 | 3:55 PM
URA tawar dua tapak kondo utama di Holland Plain, River Valley untuk dijualFeb 25, 2026 | 6:19 PM

