Berbekal pengalaman dalam bidang pengurusan di syarikat gergasi estet hartanah, CapitaLand selama 22 tahun, Encik Mustafa Abdul Rahim, boleh dianggap sudah ‘banyak makan garam’ dalam memastikan operasi di pusat beli-belah di serata Singapura yang diuruskannya di bawah pengurusan syarikat itu, menepati kepuasan penduduk.

Maka tidak hairanlah beliau, yang sudah berusia 63 tahun, juga tahu selok-belok menceburi bidang perniagaan di pusat beli-belah bagi sesiapa yang berminat.