Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: Konflik geopolitik bayangi prospek pengurus dana S’pura bagi 2025

Jan 9, 2025 | 12:38 PM
Hanya 19 peratus responden meramalkan prestasi kukuh daripada pasaran Asia, dan hanya 4 peratus menjangka pasaran Asia akan menerajui ekonomi dunia.
Hanya 19 peratus responden meramalkan prestasi kukuh daripada pasaran Asia, dan hanya 4 peratus menjangka pasaran Asia akan menerajui ekonomi dunia. - Foto ST

Pengurus dana Singapura tidak meramalkan prestasi kukuh daripada pasaran Asia pada 2025, di tengah-tengah ketegangan politik yang dijangka meningkat.

Perspektif berhati-hati itu ditonjolkan dalam tinjauan tahunan pengurus pelaburan Persatuan Pengurusan Pelaburan Singapura (Imas), dengan kebimbangan mengenai susunan global yang berpecah-belah menjadi perkara penting.

Tinjauan 2025 memperoleh 52 maklum balas daripada eksekutif C-suite (pegawai teratas) daripada seluruh perusahaan, termasuk beberapa firma dana terbesar di dunia yang secara kolektif mengurus aset bernilai lebih AS$35 trilion (kira-kira $47.85 trilion).

“Dunia semakin berpecah-belah dan kompleks. Sepanjang tahun lalu (2024), kita menyaksikan beberapa siri mangkin serta peristiwa tidak dijangka dan memberi kesan besar yang membentuk landskap global dan kewangan,” kata Cik Jenny Sofian, pengerusi Imas, semasa satu perbincangan meja bulat media mengenai keputusan tinjauan itu pada 8 Januari.

Beliau menekankan bahawa persaingan antara Amerika Syarikat dan China terus mempengaruhi sentimen pelabur dalam membuat keputusan, walaupun pergolakan geopolitik, termasuk Timur Tengah, kekal menjadi kebimbangan utama.

Tinjauan Imas mendedahkan bahawa lebih separuh (56 peratus) responden menjangka peningkatan dalam konflik geopolitik, manakala hanya 19 peratus meramalkan prestasi mantap daripada pasaran Asia, dan hanya 4 peratus membayangkan pasaran Asia akan menerajui dunia.

Namun, responden secara amnya positif tentang prospek pasaran Asia pada jangka panjang, dengan jangkaan indeks utama seperti MSCI Asia ex-Japan, Indeks MSCI China dan Indeks JPMorgan Asia Credit akan berakhir pada 2025 secara amnya tidak berubah atau lebih kukuh.

Mengenai Indeks Straits Times (STI), 43 peratus responden menjangka ia akan kekal tidak berubah, manakala 40 peratus menjangka peningkatan sederhana sebanyak 5 hingga 10 peratus.

Encik Thomas Kaegi, pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Imas, berkongsi bersama The Business Times bahawa terdapat “sedikit perbezaan” dalam jangkaan ahlinya bagi indeks-indeks tersebut.

Para ahlinya tidak menjangka pulangan dua angka, tetapi sama ada ia mendatar atau agak naik pada satu angka, katanya.

Encik Dhananjay Phadnis, ahli jawatankuasa pembangunan Imas, menyatakan perbezaan antara pandangan mengenai indeks dengan prospek pasaran keseluruhan akan menjadi lebih jelas pada tahun-tahun akan datang.

Ini kerana tinjauan 2025 ini memasukkan soalan baru mengenai jangkaan pengurus dana bagi pasaran Asia pada 2025, dan Imas tidak mempunyai data masa lalu untuk perbandingan.

“Majoriti, atau 70 peratus, firma ahli percaya bahawa prospek adalah negatif,” katanya, mengaitkan sentimen itu kepada ketegangan perdagangan dan ekonomi China yang lemah.

Namun, terdapat sedikit keyakinan tentang keadaan ekonomi yang lebih luas dalam kalangan responden kajian.

Kebimbangan mengenai inflasi yang berterusan telah berkurangan, dengan 52 peratus responden menyatakan keyakinan bahawa bank pusat akan berjaya meredakan inflasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg