Trafik penumpang SIA naik 0.7% pada Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik penumpang SIA naik 0.7% pada Jan

Sebanyak 13.8 bilion kilometer yang dilalui penumpang berbayar
Feb 16, 2026 | 3:12 PM

Trafik penumpang SIA naik 0.7% pada Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SIA, trafik, penumpang, Januari
Muatan kargo kekal stabil berbanding 2025, sementara kapasiti menurun 2 peratus akibat penyelenggaraan pesawat kargo yang dijadualkan dan penempatan semula pesawat. - Foto fail

Kumpulan Singapore Airlines (SIA) pada 16 Februari mengumumkan peningkatan 0.7 peratus dalam trafik penumpang tahun ke tahun pada Januari 2026 bagi dua pengendali yang diurusnya.

Trafik penumpang, yang mengukur permintaan untuk perkhidmatan syarikat penerbangan, ditentukan dengan menggandakan bilangan penumpang yang dibawa dengan jarak yang ditempuh. 

Trafik penumpang bagi Januari adalah sebanyak 13.8 bilion kilometer yang dilalui penumpang berbayar.

Faktor muatan penumpang (PLF), yang mengukur trafik penumpang sebagai peratusan daripada kapasiti penumpang, adalah 86.6 peratus, turun 1.2 mata peratusan berbanding tempoh yang sama pada 2025.

Ini berlaku apabila PLF SIA turun 1.1 mata peratusan berbanding 2025, kepada 86.1 peratus pada Januari.

Penurunan faktor muatan bagi laluan Eropah dan Pasifik Barat Daya, yang masing-masing turun 3.8 dan 2.4 mata peratusan berbanding 2025, menyumbang kepada penurunan itu.

Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot, mencatat penurunan PLF sebanyak 2.1 mata peratusan berbanding 2025, kepada 88.2 peratus pada Januari.

Faktor muatan bagi laluan, ‘East Asia dan Rest of the World’ (Asia Timur dan Seluruh Dunia) milik Scoot masing-masing jatuh sebanyak 2.6 dan 1.6 mata peratusan.

Kededua pengendali SIA membawa 3.7 juta penumpang pada Januari, meningkat 4.1 peratus berbanding 2025.

Muatan kargo adalah stabil berbanding 2025, sementara kapasiti menurun 2 peratus akibat penyelenggaraan pesawat kargo yang dijadualkan dan penempatan semula armada.

Disebabkan itu, faktor muatan kargo meningkat 1 mata peratusan kepada 52.1 peratus.

SIA juga memaklumkan bahawa Scoot telah memulakan perkhidmatan penumpang ke Chiang Rai, Thailand dan Palembang, Indonesia, sepanjang Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg