Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 lokasi untuk nikmati sajian Tahun Baru Cina

Daripada hidangan tradisional kepada ‘fusion’ bagi penuhi selera berbeza
Jan 25, 2025 | 5:30 AM
The Buffet Restaurant menyajikan makanan laut premium seperti ketam bunga dan ‘Maine Lobster Claw’ pada hujung minggu, digandingkan dengan sup ‘Ooh! LaLa Broth’, yang dimasak tanpa perasa.
The Buffet Restaurant menyajikan makanan laut premium seperti ketam bunga dan ‘Maine Lobster Claw’ pada hujung minggu, digandingkan dengan sup ‘Ooh! LaLa Broth’, yang dimasak tanpa perasa. - Foto M HOTEL SINGAPORE

1. Buffet Restaurant, M Hotel Singapore

Raikan Tahun Baru Cina dengan jamuan di Restoran The Buffet di M Hotel Singapore yang menawarkan dua pilihan bufet halal yang menarik.

Bufet Makan Malam Hotpot Ooh LaLa Prosperity berlangsung dari 15 Januari hingga 13 Februari, 6 petang hingga 10 malam, menyajikan makanan laut premium seperti ketam bunga dan Maine Lobster Claw pada hujung minggu, digandingkan dengan sup tanpa perasa atau monosodium glutamat (MSG), beraneka mi buatan sendiri dan hidangan eksklusif Tahun Baru Cina, seperti gulai daging brisket dan Orange Chocolate Fountain.

Harga adalah $69++ dari Ahad hingga Khamis, $79++ pada Jumaat dan Sabtu.

Untuk jamuan tengah hari, hidangan bufet Golden Harvest akan berlangsung dari 15 Januari hingga 13 Februari, 12 tengah hari hingga 2.30 petang, menampilkan dim sum, ayam rebus Sichuan dan pencuci mulut seperti Eight Treasures Bingsoo dan mochi.

Jamuan tengah hari berharga $49++ pada Isnin hingga Jumaat dan $59++ pada Sabtu dan Ahad.

2. Mutiara Seafood by JUMBO Group

Hidangan abalone dan gamat laut (‘sea cucumber’) di Mutiara Restaurant.
Hidangan abalone dan gamat laut (‘sea cucumber’) di Mutiara Restaurant. - Foto MUTIARA SEAFOOD
Perayaan Tahun Baru Cina tidak lengkap dengan hidangan ‘Prosperity Salmon Yu Sheng’ di Mutiara Restaurant.
Perayaan Tahun Baru Cina tidak lengkap dengan hidangan ‘Prosperity Salmon Yu Sheng’ di Mutiara Restaurant. - Foto MUTIARA SEAFOOD

Restoran makanan laut, Mutiara Seafood menawarkan pelbagai jenis hidangan Tahun Baru Cina yang mewah.

Diadakan dari 13 Januari hingga 16 Februari, menu perayaan bermula pada $278 untuk empat orang.

Sebagai contoh, Set Menu A4 ($278) termasuk sup makanan laut dan labu (Seafood Pumpkin Soup), ketam yang dimasak dengan rempah cili (Signature Chilli Crab) dan nasi goreng makanan laut (Supreme Seafood Fried Rice).

Manakala Set Menu B4 ($368) menawarkan sup perut ikan (Fish Maw Soup), kekapis yang digoreng kilas (Stir Fried Scallops), dan mi yang dimasak dengan stu makanan laut (Stewed Seafood Ee Fu Noodles).

Untuk kumpulan yang lebih besar, Set Menu A6 ($428) dan B6 ($568) menyajikan hidangan premium seperti abalone (10-Head Abalone) dan ikan kerapu (Live Long Hu Garoupa).

3. Ginger di Parkroyal Beach Road

Hidangan piza daging ayam salai berempah (Chicken Bak Kwa Pizza) yang disajikan di restoran Ginger di Parkroyal Beach Road.
Hidangan piza daging ayam salai berempah (Chicken Bak Kwa Pizza) yang disajikan di restoran Ginger di Parkroyal Beach Road. - Foto PARKROYAL BEACH ROAD
Kubis yang direneh dengan tiram kering dan sejenis cendawan hitam (Braised Long Cabbage with Dried Oyster and Black Moss) merupakan salah satu hidangan istimewa yang disajikan di restoran Ginger di Parkroyal Beach Road.
Kubis yang direneh dengan tiram kering dan sejenis cendawan hitam (Braised Long Cabbage with Dried Oyster and Black Moss) merupakan salah satu hidangan istimewa yang disajikan di restoran Ginger di Parkroyal Beach Road. - Foto PARKROYAL BEACH ROAD

Bufet di restoran Ginger membawa kelainan antarabangsa kepada bufet Tahun Baru Cina yang berlangsung dari 6 Januari hingga 12 Februari.

Hidangan itu termasuk ciptaan unik seperti piza daging ayam salai berempah (Chicken Bak Kwa Pizza), itik yang dimasak reneh dengan gamat laut (Braised Duck with Sea Cucumber), dan hidangan mi istimewa (Wok-Fried Longevity Noodles).

Untuk sentuhan perayaan, pesan hidangan a la carte ‘Abalone Yu Sheng’ yang berharga $38++ untuk empat hingga lima pelanggan dan $68++ untuk lapan hingga 10 pelanggan.

Bufet makan tengah hari adalah $62++ untuk dewasa dan $31++ untuk kanak-kanak, manakala bufet makan malam adalah $82++ pada Isnin hingga Khamis dan $92++ pada Jumaat dan Ahad.

4. Cat & The Fiddle

Selain pilihan tart nanas dan lemon Yuzu, pelanggan juga boleh memilih biskut lain seperti  ‘Dark Chocolate Sea Salt Cookies’ ($20.80) dan biskut mentega ($18.80).
Selain pilihan tart nanas dan lemon Yuzu, pelanggan juga boleh memilih biskut lain seperti ‘Dark Chocolate Sea Salt Cookies’ ($20.80) dan biskut mentega ($18.80). - Foto CAT & THE FIDDLE

Cat & the Fiddle menawarkan hidangan Tahun Baru Cina yang comel dengan tart nanas dan lemon Yuzu mereka dijual pada harga $42.80 setiap kotak untuk 12 keping.

Manakala tart nanas keju Parmesan dijual pada harga $38.80 dan tart nanas campuran pada harga $40.80.

Pelanggan boleh menikmati tart nanas dan biskut mentega (butter cookies) dengan harga $18.80 setin dan Dark Chocolate Sea Salt Cookies $20.80 setin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg