Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Twitter bakal gajikan lebih 50 jurutera di S'pura menjelang hujung 2023

Jan 25, 2022 | 06:22 PM



SYARIKAT media sosial Twitter akan menambah seganda jumlah jurutera di hab kejuruteraannya di sini kepada lebih 100 orang menjelang penghujung tahun depan.



Buat masa ini, ia menggajikan lebih 50 jurutera, saintis data, pengurus produk dan pengkaji di pusat kejuruteraan Asia Pasifik yang ditubuhkan dua tahun lalu.



Twitter menjelaskan pada Selasa (25 Januari) bahawa mereka yang baru diambil bekerja akan berpangkalan di Singapura sambil mengusahakan inisiatif global. Mereka akan mempunyai peranan dalam kejuruteraan, sains data, pembelajaran mesin dan pengurusan produk.



Dalam antara projek yang diusahakan, pasukan di sini akan membangun pengalaman produk baru, mengemukakan kandungan berunsur peribadi buat pengguna dan memacu kemajuan dan kebergantungan pada platform ini.



Pengarah pusat kejuruteraan ini, Encik Silvanus Lee, berkata bahawa pasukan sains data dan kejuruteraan data yang berpangkalan di Singapura membangun data utama set data dan ilmu matra Twitter. Mereka juga memacu kajian asas dan analisa statistik untuk memahami bagaimana orang ramai menggunakan produk platform ini untuk memperbaiki pengalaman pengguna.



"Dengan ekosistem teknologi di Singapura, saya yakin kita akan dapat mempertingkatkan mutu kraf kejuruteraan dan memacu impak buat Twitter," katanya.



Beliau tidak memberikan pendapatan yang dianggarkan bagi pekerja baru ini tetapi menambah pampasan dan ganjaran berdaya saing dalam semua tugasan akan menarik bakat bertaraf dunia.



"Biasanya terdapat kekurangan bakat teknikal berkaliber tinggi dalam kejuruteraan dan sains data. Pandemik ini telah mewujudkan permintaan lebih lagi bagi set kemahiran sebegini sedang perniagaan melalui pendigitalan," katanya kepada akhbar The Straits Times.



"Bagaimanapun, kita mempunyai keyakinan sangat tinggi dalam kekuatan bakat dan ekosistem teknologi di sini. Singapura berada dalam kedudukan yang baik sebagai hab teknologi dan terdapat banyak peluang yang akan terus menarik bakat teknologi terbaik. Ini amat bermanfaat bagi ekosistem teknologi secara keseluruhannya."



Naib Presiden Asia Pasifik dan Jepun Twitter, Encik Yu Sasamoto, berkata Singapura telah menjadi hab serantau penting sedang Asia Pasifik kekal sebagai enjin pertumbuhan kuat bagi syarikat ini.



"Pusat kejuruteraan yang pesat membangun ini menunjukkan kesungguhan kita untuk terus mempertingkat khidmat kita buat orang ramai, pelanggan dan rakan kerjasama dalam rantau ini," tambahnya.



Syarikat ini berkata peluasan adalah dengan kerjasama Digital Industry Singapore (DISG) - pejabat bersama bagi Lembaga Kemajuan Ekonomi, Enterprise Singapore dan Penguasa Pembangunan Media Infokom yang mendekati sektor teknologi.



Naib Presiden Kanan DISG, Encik Ang Chin Tah, berkata pelaburan Twitter akan memberi warga Singapura peluang mengusahakan teknologi baru dan menarik yang ditujukan bagi pasaran global, bersama rakan sekerja daripada merata dunia.



Hab kejuruteraan ini bertempat di syarikat ibu pejabat Asia Pasifik di bangunan CapitaGreen di Shenton Way.



Sedang bekerja dari rumah menjadi lebih popular dalam tempoh pandemik, ibu pejabat Asia Pasifik Twitter akan melalui peluasan pejabat untuk memenuhi keperluan tenaga kerjanya yang bertambah di samping menyokong kakitangannya dengan fleksibiliti dan pilihan lebih baik di mana dan bagaimana mereka bekerja, jelas syarikat itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >